Hutang dan Ketenteraman Jiwa
Hutang dan Ketenteraman Jiwa
Hidup tanpa hutang adalah sesuatu yang menjadi idaman kepada setiap orang.
Orang yang bahagia dan selamat apabila tidak diikat dengan hutang sehingga dia meninggal dunia. Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan" (Sunan Tirmidzi No: 999) Status: Hadis Sahih
Orang yang berhutang, perlu berusaha agar hutangnya segera dijelaskan kerana hutang yang tidak dijelaskan semasa hidup di dunia terpaksa dibayar dengan pahala ibadat kepada orang yang kita berhutang di akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pahala di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah No: 2414) Status: Hadis Sahih
Rasulullah SAW mengajar doa agar dibebaskan daripada hutang. Abu Said Al-Khudhri RA berkata: "Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: "Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah". Baginda bertanya : "Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah Taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: "Sudah tentu Ya Rasulullah".
Baginda SAW bersabda, "Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa ini :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”
Maka Abu Umamah RA menceritakan kisah ini, "Aku buat seperti mana Rasulullah SAW menyuruh aku mengucapkan doa ini pada waktu pagi dan petang. Maka Allah SWT telah menghilangkan rasa gundah gulana dan keluh kesah yang menghimpit aku ini dan juga hutang piutang yang telah membebani aku" (HR Abu Daus: 1555).
Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab (yang mengadakan perjanjian pembebasan dengan tuannya) datang kepadanya dan berkata; aku tidak mampu membayar pembebasanku, maka tolonglah aku! Ali berkata; mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepadaku, yang seandainya engkau memiliki hutang sebesar gunung Shir nescaya Allah akan membayarkannya untukmu.
Ali RA berkata; ucapkanlah;
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Maksudnya: Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki Mu yang halal (dan jauhkan aku) dari yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurnia Mu dan jauhkan aku dari bergantung pada selain Mu. (HR Tirmizi No: 3563) Status: Hadis Hasan
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian #kapsultazkirah #Asmak #WeAreFamily #MenjadikanHidupLebihBaik
Comments
Post a Comment