Menghadapi masalah
Menghadapi Masalah
Fitrah kehidupan manusia akan melalui masalah. Bagi bayi dan kanak-kanak, tetap ada masalah yang dihadapi dan sudah pasti masalah dan kadar masalahnya berbeza dengan orang dewasa. Tidak hanya orang yang kurang berkemampuan menghadapi masalah, orang yang kaya raya juga memiliki masalah. Inilah realiti kehidupan.
Setiap kita punya sikap yang berbeza dalam menghadapi masalah. Ada orang yang mudah tertekan, kemurungan (depress), selalu mengeluh. Namun tidak kurang juga yang sabar dan berusaha menghadapi masalah dengan redha.
Islam mengajarkan kita cara terbaik agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Bukan dengan cara mengelak darinya serta lari dari tanggungjawab.
Antara yang boleh dilakukan bagi menghadapi masalah;
1. Menjadikan masalah atau ujian yang datang sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap kita. Al-Quran menegaskan hal ini:
ŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŲ³Ł Ų°ŁŲ§Ų¦ŁŁŁŲ©Ł Ų§ŁŁŁ
ŁŁŁŲŖŁ ŁŁŁŁŲØŁŁŁŁŁŁŁ
Ł ŲØŁŲ§ŁŲ“ŁŁŲ±ŁŁ ŁŁŲ§ŁŁŲ®ŁŁŁŲ±Ł ŁŁŲŖŁŁŁŲ©Ł ŁŁŲ„ŁŁŁŁŁŁŁŲ§ ŲŖŁŲ±ŁŲ¬ŁŲ¹ŁŁŁŁ
Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (al-Anbiya: 35)
Ibnu āAbbas berpendapat, ayat ini bermaksud, Allah akan menguji kita dengan kesengsaraan dan kesejahteraan, sihat dan sakit, kekayaan dan kemiskinan, haram dan halal, ketaatan dan kemaksiatan, serta hidayah dan kesesatan. Semua ujian itu untuk melihat sama ada kita bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan musibah atau sebaliknya.
Ketika kita mampu menghadapi masalah dengan sabar dan bijak, maka secara tidak sedar sebenarnya itulah bentuk dari kasih sayang Allah SWT untuk kita kembali kepada-Nya.
2. Menganggap masalah merupakan cara Allah SWT untuk membersihkan dosa dan meninggikan darjat dan status kita sebagai hamba.
Ų¹ŁŁŁ Ų¹ŁŲ§Ų¦ŁŲ“ŁŲ©Ł ŁŁŲ§ŁŁŲŖŁ ŁŁŲ§ŁŁ Ų±ŁŲ³ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŲµŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ³ŁŁŁŁŁ
Ł Ł
ŁŲ§ ŁŁŲµŁŁŲØŁ Ų§ŁŁŁ
ŁŲ¤ŁŁ
ŁŁŁ Ł
ŁŁŁ Ų“ŁŁŁŁŁŲ©Ł ŁŁŁ
ŁŲ§ ŁŁŁŁŁŁŁŁŲ§ Ų„ŁŁŁŁŲ§ Ų±ŁŁŁŲ¹ŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŲØŁŁŁŲ§ ŲÆŁŲ±ŁŲ¬ŁŲ©Ł Ų£ŁŁŁ ŲŁŲ·ŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁ ŲØŁŁŁŲ§ Ų®ŁŲ·ŁŁŲ¦ŁŲ©Ł
Daripada 'Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada satupun musibah (kesusahan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya." (Sahih Muslim No: 4665) Status: Hadis Sahih
3. Meyakini bahawa Allah memberikan ujian sesuai dengan kadar kemampuan kita. Allah SWT Maha Adil tidak akan membebani hambanya di luar batasnya. Yang penting kita berusaha mencari jalan keluarnya. Allah berfirman:
ŁŁŲ§ ŁŁŁŁŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŲ³ŁŲ§ Ų„ŁŁŁŁŲ§ ŁŁŲ³ŁŲ¹ŁŁŁŲ§ Ū ŁŁŁŁŲ§ Ł
ŁŲ§ ŁŁŲ³ŁŲØŁŲŖŁ ŁŁŲ¹ŁŁŁŁŁŁŁŲ§ Ł
ŁŲ§ Ų§ŁŁŲŖŁŲ³ŁŲØŁŲŖŁ Ū
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Al-Baqarah: 286
4. Meyakini bahawa di mana ada kesulitan di situ pasti ada kemudahan. Firman Allah SWT
ŁŁŲ„ŁŁŁŁ Ł
ŁŲ¹Ł Ų§ŁŁŲ¹ŁŲ³ŁŲ±Ł ŁŁŲ³ŁŲ±ŁŲ§ Ų„ŁŁŁŁ Ł
ŁŲ¹Ł Ų§ŁŁŲ¹ŁŲ³ŁŲ±Ł ŁŁŲ³ŁŲ±ŁŲ§
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (al-Insyirah: 6)
5. Mencari bantuan daripada mereka yang mampu membantu. Tidak mengapa untuk mencari pihak yang mampu membantu kita dalam menyelesaikan masalah. Beban akan terasa ringan selepas kita menceritakan dan berkongsi rasa dengan mereka yang kita percayai.
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian #Asmak #WeAreFamily #MenjadikanHidupLebihBaik
Comments
Post a Comment