Kulit Mula Gatal dan Kemerahan? Kenali 6 Pencetus Ekzema yang Sering Terlepas Pandang
Kulit Mula Gatal dan Kemerahan? Kenali 6 Pencetus Ekzema yang Sering Terlepas Pandang
Pernah tak anda rasa kulit tiba-tiba menjadi sangat gatal, merengsa, hingga timbul tompokan merah yang pedih? Bagi penghidap ekzema, "serangan" mengejut ini amat menyeksakan. Ekzema bukan sekadar masalah kulit biasa, ia adalah keadaan sensitif yang mudah mengamuk jika terkena pemicunya.
Untuk mengawal kitaran gatal ini, langkah pertama adalah mengenali musuh dalam selimut. Berdasarkan perkongsian daripada Asmak, berikut adalah 6 pencetus ekzema utama yang wajib anda waspadai:
Alergen: Bahan alahan luaran boleh bertindak balas secara tidak normal dengan sistem imun badan anda, lalu mencetuskan reaksi alahan pada kulit dengan cepat.
Kosmetik: Penggunaan minyak wangi berlebihan, wangian yang keras, kosmetik, dan alat solek yang mengandungi bahan kimia tegar boleh merengsakan lapisan kulit yang sensitif.
Suhu Ekstrim: Perubahan suhu yang terlalu sejuk atau terlalu panas, kelembapan udara yang tidak stabil, serta peluh yang keluar selepas bersenam boleh membuatkan ekzema menjadi lebih parah.
Tekanan (Stres): Tekanan emosi dan mental boleh memicu keradangan dalaman badan. Ini mengakibatkan kulit menjadi merah, gatal, dan sensitif. Cuba urus stres dengan baik!
Pakaian: Elakkan fabrik bulu sintetik. Jenis kain sebegini boleh menyebabkan geseran, kerengsaan kulit, dan memburukkan lagi keadaan ekzema yang sedia ada.
Kebiasaan Menggaru: Ini adalah musuh terbesar! Tabiat menggaru bahagian yang gatal akan mencipta kitaran luka yang berterusan, sekali gus memburukkan lagi jangkital kulit.
.jpg)


Comments
Post a Comment