Kenali Jenis Sakit Kepala & Cara Melegakannya Dengan Asmak
Kenali Jenis Sakit Kepala & Cara Melegakannya Dengan Asmak
Ramai antara kita pernah alami sakit kepala — tapi tahukah korang, ada pelbagai jenis sakit kepala dan setiap satu ada punca yang berbeza? Jom kenali empat jenis utama seperti yang dikongsikan oleh Asmak.
👉 Migrain – Rasa berdenyut pada sebelah kepala, sama ada kiri atau kanan. Biasanya makin teruk bila terdedah kepada cahaya terang atau bunyi bising. Migrain ni boleh ganggu aktiviti harian kalau tak dirawat dengan betul.
👉 Cluster Headache – Sakit yang berlaku di bahagian mata atau muka. Ia selalunya berpunca daripada masalah hidung atau air mata yang tersumbat.
👉 Sinus – Rasa sakit di sekitar hidung, mata, dahi dan pipi. Selalunya disebabkan oleh alahan atau jangkitan pada rongga hidung. Hidung tersumbat dan tekanan di wajah antara tanda utamanya.
👉 Tension Headache – Jenis paling biasa dialami. Rasa tegang di seluruh kepala seperti dicucuk-cucuk, berpunca daripada stres, ketegangan otot dan kurang rehat.
Untuk membantu melegakan sakit kepala, urutan lembut menggunakan Minyak Herba Asmak boleh membantu melancarkan peredaran darah dan memberi rasa lega semula jadi. Dengan bahan semula jadi dan aroma yang menenangkan, Asmak sesuai dijadikan teman setia di rumah atau di tempat kerja. 🌿


Comments
Post a Comment