Tarbiah sentap



Kadang-kadang, kita ni hidup macam telefon lama – bateri cepat habis, tapi nak cas pun malas. Bila ada masalah, baru terhegeh-hegeh cari charger iman. Baru sibuk nak zikir, nak solat sunat, nak berubah. Tapi bila hidup okay balik, kita “shutdown” semula.

Realitinya, iman kita ni memang takkan kekal penuh. Tapi jangan sampai langsung tak caj. Hati yang tak dicaj dengan zikrullah, lama-lama bukan sekadar mati – dia jadi keras, degil, dan susah terima nasihat.

Kita kejar banyak benda – kereta, rumah, gaji, cuti ke Jepun. Tapi lupa satu je: pengakhiran hidup kita. Kita takut bank akaun kosong, tapi tak risau pun bila akaun amal tak cukup isi. Kita update status hari-hari, tapi tak update hubungan dengan Allah.

Jumaat ni, dan setiap hari selepasnya… cubalah mulakan balik. Tak perlu terus jadi ustazah, tak perlu tunggu tudung labuh atau jubah serban. Cukuplah kalau hari ini kita lebih taat daripada semalam. Bangun Subuh tepat waktu pun dah satu kemenangan.

Dan kalau korang baca sampai habis ni, tandanya Allah gerakkan hati korang. Bukan sebab cikgu tulis sedap, tapi sebab Allah rindu korang datang balik pada Dia.

Jangan tunggu hidayah terhempas depan muka. Kadang hidayah tu datang dalam bentuk ayat blog yang buat korang senyum tapi terasa.


0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts