KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA
Tips untuk meredakan kesakitan " Nipple Crack"
Masalah Nipple Crack atau melecet merupakan kondisi yang biasa terjadi kepada ibu yang baru melahirkan bayi. Tentu sahaja masalah ini sangat merunsingkan ibu-ibu.
Begitu juga yang saya sedang lalui sekarang. Saya mempunyai bayi berusia 2 bulan yang kuat menyusu sehingga nipple saya luka kedua-duanya.
Pelbagai cara saya telah cuba,luka tetap sama. Sehinggalah terfikir nak cuba minyak kelapa dara.
Alhamdulillah,hanya dengan beberapa kali sapuan luka menjadi pulih. Lega rasanya.
Saya kongsi sedikit cara penggunaannya. Pastikan sebelum sapu minyak kelapa dara ,nipple perlu di lap bersih dan kering. Lagi bagus sapu bila kita selesai mandi,lap keringkan. Ambil sedikit minyak kelapa dara dan sapukan di bahagian yang luka. Jika kedua-dua luka atau melecet ,boleh sapu sebelah dahulu, baby boleh menyusu sebelah. Dan buat sapuan yang sama beberapa kali,pastikan jangan bagi menyusu dahulu yang kita sapu minyak tadi. Untuk kesan yang cepat kena rajin sapu berulang. Sebelah sapu siang dan sebelah sapu malam. Insha allah berkesan.
Semoga dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.
Comments
Post a Comment