Pengajaran Hadis Rasulullah SAW
Assalamualaikum dan salam hari Khamis. Pada pagi ini, cikgu ingin kongsikan 2 hadis sahih mengenai melaksanakan perintah Nabi SAW dan mencintai Rasulullah SAW.
Melaksanakan Perintah Nabi SAW
'Abdullah bin 'Abbas radiallahu 'anhuma berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Sufyan bahwa Raja Herkulis berkata kepadanya: "Aku telah bertanya kepadamu apa yang dia (Nabi Muhammad) perintahkan kepada kalian, lalu kamu menjawab bahwa dia memerintahkan kalian untuk solat, bersedekah (zakat), menjauhkan diri dari berbuat buruk, menunaikan haji dan melaksanakan amanah." Lalu dia berkata; "Ini adalah di antara sifat-sifat seorang Nabi". (HR Bukhari No:2484)
Antara pengajaran yang kita boleh dapati dari hadis di atas ialah:
1) Rasulullah adalah contoh teladan terbaik umat.
2) Rasulullah mengajar dan berdakwah kepada umatnya untuk melaksanakan makruf dan menjauhi perkara mungkar.
3) Antara yang diajar oleh Rasulullah yang diceritakan oleh Abu Sufian kepada Raja Herkulis ialah:
a. Melaksanakan solat
b. Menunaikan zakat & bersedekah
c. Menjauhi peerbuatan buruk
d. Menunaikan janji
e. Melaksanakan amanah
Mencintai Rasulullah SAW
Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhuma berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda "Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian sampai ia mencintai aku melebihi kedua orang tuanya dan anaknya." (HR Bukhari No. 13)
Antara pengajaran yang kita boleh dapati dari hadis kedua di atas ialah:
1. Rasulullah SAW memulakan dengan sumpah "demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya", menunjukkan apa yang akan disampaikan oleh baginda adalah suatu yang amat penting.
2. Pesanan penting tersebut ialah tentang syarat kesempurnaan iman pada seseorang, dengan mencintai Rasulullah SAW melebihi kasih dan sayang kepada kedua orang tua serta anak-anak.
3. Cinta kepada orang tua melahirkan rasa hormat serta berbakti dan cinta kepada anak bererti memenuhi permintaan-permintaanya, maka cinta kepada Rasulullah SAW mesti lebih hebat dari pada itu.
4. Cinta kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada orang tua bererti mengagungkan serta mentaati perintah Rasulullah, mencontohi dan melaksanakan sunnah yang ditunjukkan oleh baginda mesti diutamakan.
Sekian sahaja perkongsian cikgu pada hari ini 💓
Ada masalah batuk, kahak? Jom dapatkan Minyak Herba Asmak!
Comments
Post a Comment