Masa itu ibarat Emas
Assalamualaikum dan selamat hari Isnin! Korang semua pernah dengar kan kata-kata ini: waktu itu lebih berharga daripada emas? Kata-kata ini bermaksud kepentingan menghargai masa. Masa merupakan benda yang tidak ternilai kerana tidak dapat dibeli atau dijual. Pepatah ini harus dijadikan pedoman hidup kita. Kata orang, masa tidak menunggu kita, kita yang sering perlu mengejarnya. Oleh sebab masa sangat berharga, masa perlu diisi dengan berfaedah.
Jika kita betul mengetahui sifat emas maka kita akan menghargai dan akan jaga elok-elok. Kita akan menyimpan emas tersebut dengan sebaiknya. Kita tak sanggup nak membiarkan ia hilang. Penggunaan masa yang sebaik-baiknya adalah amat wajar. Masa adalah salah satu nikmat yang amat besar daripada Allah SWT kepada manusia.
Sudah semestinya manusia memanfaatkannya secara baik, efektif dan semaksimal mungkin untuk tujuan beramal sepanjang perjalanan di dunia ini. Allah bersabda dalam surah Al-'Asr:
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran." (Surah Al-'Asr: 1-3)
Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mua'akkad. Rasulullah SAW bersabda: "Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia." (Hadis Riwayat Muslim)
Maksudnya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW sendiri memberitahu bahawa solat ini lebih baik daripada seluruh isi dunia pun tak dapat nak tandingi nilai solat sunat ini.
Itu sahaja perkongsian buat hari ini. Terima kasih.
Comments
Post a Comment