Amalan dan Niat

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin semua!

Kali ini cikgu akan berkongsi tentang hadis riwayat Bukhari dan Muslim mengenai amalan dan niat. Berikut merupakan hadis tersebut.

Dari Alqamah bin Waqqas al-Laisi, dia berkata: Aku mendengar Umar Al-Khattab, berkata: "Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Bahawasanya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu mendapat (balasan) yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin meraihnya atau kerana seorang wanita yang ingin ia menikahnya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengertian niat dari segi bahasa ialah “memfokuskan kepada sesuatu”. Dari segi istilah, antara pengertiannya ialah, “Membuat satu keputusan di dalam hati serta terus melakukannya”. “Niat” berbeza dengan “azam” kerana seseorang yang ber”azam” tidak mesti terus melakukannya. Inilah definisi niat yang diterima oleh kebanyakan ulama’ di dalam mazhab as-Syafi’e.

Oleh itu, sebelum kita memulakan apa-apa tindakan, kita perlu membetulkan niat kita terlebih dahulu. Sekian sahaja untuk perkongsian pada hari ini.


Korang ada masalah batuk, kahak, semput atau masalah pernafasan lain? 

Jom cikgu bantu!

0135819100 Cikgu Basariah atau klik order sini

Comments

Popular Posts