DADIH SUSU KAMBING KOKO

Assalamualaikum & salam sejahtera 😇 Hari ini merupakan cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selamat bercuti! Semoga masa lapang itu diisikan dengan perkara yang berfaedah.

Kali ini, kami ingin kongsikan mengenai makanan yang berasaskan produk Asmak iaitu dadih susu kambing koko. Kami ada jual dadih ini di pembukaan booth semalam. Dadih ini sangat sesuai untuk para pembaca yang sedang diet dan mengawal kadar gula dalam pemakanan. Sebab apa? Susu kambing keluaran Asmak ini tidak mengandungi gula, hanya semata-mata menggunakan Stevia sebagai pemanis.

Langkah pembuatan dadih ini pun sangat mudah. Anda hanya perlukan serbuk agar-agar atau agar-agar tali. Ikutlah kesesuaian anda.




Selepas itu, anda bancuhlah dengan susu kambing keluaran Asmak ini. Boleh juga jika ingin campurkan perisa asli dan koko. Bancuh ikut citarasa anda semua. 



Oh lupa nak beritahu yang Asmak sebenarnya ada keluarkan 3 jenis susu kambing iaitu:

👉 Susu Kambing Asli

👉 Susu Kambing Koko

👉 Susu Kambing Kopi

Apa tunggu lagi, jom dapatkan susu kambing keluaran Asmak dari kami. 

Ada yang berminat ke nak tahu lebih lanjut mengenai produk Asmak yang lain. Sila klik link di bawah ya, nanti kami akan berikan penerangan secara jelas berkaitan produk Asmak 😁

 



Comments

Popular Posts