Cara penyimpanan telur
Apabila ada jualan murah telur, kita boleh beli banyak dan boleh bekukannya dan simpan. Kita boleh guna bila perlu sama ada utk buat kueh/kek atau utk dibuat lauk kemudian.
Telur tidak boleh dibekukan dalam cangkerang/kulit, tetapi boleh dgn cara pecah dan keluarkan isi dari kulitnya. Caranya - pecahkan setiap biji telur ke dalam setiap lubang dalam dulang kiub ais. Bekukan, kemudian keluarkan dan masukkan semula ke dalam peti sejuk dalam beg kunci zip/zipper bag.
Untuk menggunakan hanya tanggalkan kiub bagi setiap telur, letak pd suhu bilik dalam mangkuk untuk mencairkan. Bila dah cair bolehlah digunakan.
Cara ini telur boleh dibekukan sehingga 3 bulan atau selama 1 tahun.
Kredit: Malaysian Preppers
Comments
Post a Comment