Cara memahami makanan sunnah
Assalamualaikum semuanya!
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia pada hari ini. Hari ini cikgu nak kongsikan cara memahami makanan sunnah.
Dewasa ini, islam mempuyai tarikan yang agak luar biasa. Semua pihak berbiacara berkenaan Islam, Al-Quran ,dan sunnah. Ada yang bicaranya murni terdorong oleh kurniaan hidayah daripada aAllah s.w.t dan tidak kurang juga ada yang sekadar memperkudakan islam keraana pasaran produk Islam mempuyai permintaan yang tinggi. Bagi insan kapitalis,apa sahaja yang mempuyai nilai pasaran yang meluas akan mempargunakan bagi meraih keuntungan.Jikalau dahulu artis berpakaian ranggi dijadikan duta pelaris produk,kini para ustaz dan agamawan pula monopoli ruang itu untuk sesuatu produk berunsur Islam.
Kadangkala,promosi sesuatu produk mesti jauh daripada kebenaran kerana apa yang dipromosikan melebihi realiti produk,ditambah pula dengan penampilan para duta agama yang mampu mempengaruhi keyakinan orang awam terhadap kebrkesanan produk itu. Seumpama mempromosikan emas,tetapi yang dijual sebenarnya hanya seketul tembaga.Walaupun warnanya seakan sama, tetapi nilainya berbaza.Lalu, pembeli yang didorong keyakinan iman mereka dengan duta,akan membayar harga emas tetapi memprolehi tembaga.Adakah setiap sen yang diprolehi daripada produk-produk separa palsu itu dikategorikan sebagai halal?tepuk poket tanyalah iman kita.
Antara contoh produk islan yang banyak menimbulkan pertikaian adalah produk kesihatan berasaskan makanan sunnah. Sesetengah produk menawarkan pelbagai penawar kepada pelbagai penawar kepada pelbagai penyakit tanpa adanya bukti klinikal. Ini kerana,Islam adalh agama yang saintifik dan ditegakkan dengan hujah dan fakta.Setakat pemerhatian penulis,prinsip makanan sunnah menurut Al-Quran adalah makan secara tidak berlebihan dan tidak membazir. Allah s.w.t menyatakan
" Wahai anak-anak adam! pakailah pakaian kamu yang indah berhias setiap kali kamu ke tempat ibadat(ataupun mengerjakan sembahyang)dan makanlah serta minumlah ,dan jangan pula kamu melampau.Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas." (surah Al-A'raf,ayat 31)
Makan makanan sunnah yang yakin tiada bahan campuran di dalamnya ya 💗.
Nak order? Klik je nombor bawah ni ya!
Comments
Post a Comment