Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua 💓. Apa aktiviti hujung minggu ini? Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar hendak-nya. Hari ini cikgu nak kongsikan kepada pambaca cikgu tentang bedak asmak. Bedak Asmak ini ialah t
anah liat putih atau juga dipanggil tanah liat Kaolin mempunyai sifat kimia dan fizikal yang unik yang menyumbang kepada banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Zat daripada tanah liat putih ini diperoleh daripada sumber semulajadi yang kebanyakannya terdapat di tanah yang berkembang dari cuaca kimia batu di iklim panas dan lembap. Contoh iklim yang baik adalah hutan hujan tropika. Ia juga dipanggil tanah liat China, tanah liat putih, tanah liat kosmetik putih, silikat aluminium terhidrat, tanah liat Kaolinit antara lain. Apa manfaat tanah liat ini putih ini? selamat digunakan ke? Untuk para pembaca cikgu, tanah liat putih ini terdapat 1001 manfaat tau.
Antara manfaat tanah liat putih ( Bedak Asmak ) ini adalah
1. Menyembuhkan sakit kulit
Tanah liat putih mengandungi elemen zink dan zat besi yang berfungsi meringankan rasa sakit pada luka dan membantu dalam menyembuhkan serta menghilangkan bekas luka. Penyakit alergi pada kulit seperti ekzema, ruam-ruam, gatal-gatal juga dapat diubati dengan melumurkan tanah liat putih pada permukaan kulit yang bermasalah.
2. Mengubati Osteoporosis
Osteoporosis ialah penyakit tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh. Kandungan kalsium yang tinggi di dalam tanah liat putih membantu menjaga kesihatan tulang lebih-lebih lagi jika anda dapat mengamalkan kalsium yang terdapat pada tanah liat putih ini pasa usia yang muda. Penyakit osteoporosis ini juga dapat dielakkan di kemudian hari.
3. Menjaga Kesihatan Pencernaan
Sifat tanah liat putih yang berbentuk seperti sponge mampu menyerap racun dalam tubuh. Racun seperti aflatoxin yang dapat mengganggu sistem kekebalan tubuh, mampu diserap oleh tanah liat putih. Bukan itu sahaja, tanah liat putih juga berfungsi untuk mencegah radang perut dan sembelit.Mineral kaolin yang berwarna keputih-putihan yang terkandung di dalam tanah liat putih digunakan untuk pengubatan diarrhea. Selain itu juga, tanah liat putih dapat menyerap racun bakteria seperti parasit, acidosis, ion hydrogen, dan hormon steroid berlebihan dalam kehamilan.
4. Merawat kulit wajah
Kecantikkan muka ini amat penting bagi seseorang. lagi-lagi orang yang suka kan kecantikkan diri. Bedak Asmak ini mempu mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat. Muka korang yang selalu naik ruam bila cuaca terlalu panas, boleh oleskan bedak asmak ini. Inshaallah boleh meredakan merah-merah dimuka tu.
Anak yang mengalami sakit kulit seperti ruam, ekzema, kudis buta, kurap sangat bagus amalkan bedak asmak ini. Tidak dinafikan, penyakit kulit lambat untuk penyembuhan akan tetapi dengan menggunakan bedak asmak secara kerap akan membuatkan penyakit kulit hilang dari bahan 😊.
Sebenarnya. banyak manfaat dari Bedak Asmak ini, tapi cikgu senaraikan beberapa sahaja ya😁. Korang nak tahu Bedak Asmak ini boleh merawat apa lagi boleh tekan link dibawah ya. Cikgu akan bagi solution dekat korang nanti
https://api.whatsapp.com/send?phone=60135819100/Bedak+Asmak
Comments
Post a Comment