WAH, BARU TAHU FAKTA DAN KHASIAT MADU HALIA BENTONG!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih sudi singgah ke blog cikgu. Jadi, hari ini cikgu nak kongsi ilmu tentang MADU HALIA BENTONG. Mungkin ada yang biasa dengar dan mungkin juga ada yang belum pernah dengar apa itu madu halia bentong. Bila sebut pasal halia ni mesti teringat halia yang kita semua biasa guna dalam masakan tu. Sama atau tidak khasiatnya? Jom baca beberapa fakta tentang madu halia bentong. Yang belum tahu, jemput baca sampai habis ya. Yang dah tahu pun jemput baca sampai habis juga ya, mungkin ada ilmu baru yang anda boleh dapat melalui perkongsian cikgu kali ini 😄
Tahukah anda fakta mengenai Raja Halia iaitu Halia Bentong ?
🍃 Halia bentong juga dikenali sebagai "Halia Muda atau Halia Kuning", tumbuh di hutan dataran tinggi di Malaysia yang bercuaca sejuk, nyaman dan bebas pencemaran.
🍃 Cuaca di kawasan penanaman antara faktor terpenting kerana ia memerlukan persekitaran yang bersuhu tinggi pada siang hari dan bersuhu rendah pada waktu malam.
🍃 Halia Bentong mempunyai saiz yang besar dengan nilai khasiat yang tinggi kerana ia ditanam di tanah - tanih yang subur dan gembur, dan disiram dengan air sungai semula jadi yang kurang deras pengaliran airnya.
🍃 Penanaman Halia Bentong merupakan tugas yang rumit dan mengambil masa satu tahun untuk memperoleh hasilnya. Demi memastikan kualiti Halia Bentong, tanah perlu dibiarkan kosong selama 8 hingga 10 tahun selepas penuaian dan sebelum rancangan penanaman semula dijalankan, ini bermakna Halia Bentong adalah teramat tinggi nilainya.
Khasiat Halia Bentong
🐝 Halia Bentong baik untuk melegakan masalah batuk kering, batuk hingga hilang suara dan selesema.
🐝 Ia juga membantu memanaskan badan.
🐝 Halia madu membantu pencernaan ke arah lebih baik.
🐝 Menguatkan antibodi badan.
🐝 Membantu melancarkan peredaran darah.
🐝 Ia juga berupaya mematikan bakteria dan sel kanser.
🐝 Boleh di gunakan untuk masalah saraf .
🐝 Mengurangkan tekanan darah tinggi.
🐝 Membekalkan tenaga.
🐝 Mengawal berat badan.
🐝 Baik untuk minda.
🐝 Melawaskan pembuangan air kencing.
🐝 Melegakan "morning sickness".
🐝 Mengelakkan masalah usus.
🐝 Bagus diamalkan selepas bersalin.
🐝 Mencuci darah kotor.
Banyak sungguh khasiat madu halia bentong yaa. Sekarang sudah tahu kan? Jika anda rasa was-was sama ada anda boleh amalkan atau tidak, boleh rujuk pakar atau doktor terlebih dahulu. Setakat ini sahaja perkongsian kali ini dan cikgu akan sertakan beberapa testimoni pengguna Madu Halia Bentong keluaran Asmak di bawah ya.
http://www.wasap.my/60135819100/madu+halia+bentong+Asmak
0135819100 Cikgu Basariah
Comments
Post a Comment