MINYAK HABBATUSSAUDA 'TRAVEL SIZE' ADA KE?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini cikgu rasa nak berkongsi tentang sesuatu yang comel tapi bagus untuk kesihatan kita. Apakah itu?
Tadaaa!! Ini lah dia 3 jenis minyak iaitu habbatussauda', zaitun dan kelapa dara tetapi didatangkan dalam bentuk botol kecil sebagai sampel bagi yang baru ingin mencuba atau sesuai juga untuk bawa 'travel'.
Jom cikgu ceritakan satu per satu kebaikan 3 minyak ini.
Melalui laman web Dr. Norman, dinyatakan bahawa minyak habbatussauda (Black Seed Oil) dihasilkan daripada biji tumbuhan 'Nigella Sativa' yang termasuk dalam keluarga tumbuhan 'ranunculus' (Ranunculaceae) atau lebih dikenali dengan nama "habbatussauda". Tumbuhan ini tumbuh di kawasan Asia Barat, Mediterranean dan Utara Afrika. Ia telah ditanam secara meluas selama berkurun lamanya kerana bijinya digunakan dalam rempah masakan dan perubatan. Minyak habbatussauda (black seed oil; black cumin oil) dihasilkan daripada biji hitam (nigella sativa) yang telah digunakan beribu-ribu tahun dalam perubatan dan disebut di dalam hadith Nabi Muhammad SAW.
Sekarang, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa minyak habbatussauda sememangnya mempunyai khasiat untuk kesihatan seperti mencegah kanser seperti kanser payudara, prostat dan kanser otak. Kajian juga menunjukkan bahawa minyak habbatussauda juga meningkatkan kesihatan organ hati dan membantu membunuh kuman 'kebal' (superbug) seperti MRSA yang kebal kepada antibiotik biasa.
Kajian juga menunjukkan minyak habbatussauda boleh membantu mengawal penyakit diabetes, tekanan darah tinggi (hypertensi), keradangan dan kolestrol tinggi serta obesiti. Minyak habbatussauda juga baik untuk kesihatan kulit dengan membantu masalah jerawat, ekzema dan keguguran rambut. Pastikan anda beli atau dapatkan minyak habbatussauda yang asli dengan kualiti terapeutik terbaik dan organik serta disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan untuk mendapatkan khasiat dan minyak habbatussauda yang terbaik.
Dalam keluaran Asmak sendiri, kita ada 2 saiz iaitu saiz percubaan 10ml dan saiz biasa 100ml.
Eh ada 2 jenis minyak lagi belum cerita ni! Tidak mengapa, anda hadam dulu maklumat ini ya. Cikgu akan kongsi tentang minyak kelapa dara dan minyak zaitun dalam blog seterusnya okey? Terima kasih sudi singgah ke blog cikgu. Untuk dapatkan minyak habbatussauda Asmak, boleh hubungi cikgu melalui nombor atau pautan whatsapp yang tertera yaa.
Semoga bermanfaat!
0135819100 Cikgu Basariah
Comments
Post a Comment