MANFAAT MINYAK ZAITUN UNTUK JANTUNG


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuba teka harini cikgu nak kongsi tentang apa? Ya betul! Cikgu nak sambung perkongsian tentang 3 jenis minyak yang banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Dalam blog sebelum ini, cikgu dah ceritakan tentang kebaikan minyak habbatussauda jadi, blog kali ini cikgu ingin berkongsi tentang manfaat minyak zaitun pula.




Inilah dia tiga si comel yang sudah pun ada di Asmak Distribution Centre Teluk Intan. Sesuai untuk anda yang baru nak mula amalkan atau nak bawa 'travel'. Sekarang, jom kita telusuri apakah manfaat minyak zaitun?

Melalui laman web hellodoktor, minyak zaitun merupakan antara makanan yang tidak diragui khasiatnya. Ia kaya dengan asid lemak mono tidak tepu dan minyak zaitun telah terbukti berupaya merendahkan risiko penyakit kardoivaskular.

Pengambilan minyak zaitun dalam kalangan rakyat Malaysia juga sudah tidak asing lagi pada zaman sekarang. Ada di antara kita yang mengamalkan pengambilan sesudu minyak zaitun sehari untuk tujuan kesihatan jantung. Seringkali juga minyak zaitun ini digandingkan bersama Habbatus Sauda atau madu asli.

Bahan utama dalam Diet Mediterranean ini bukan sahaja baik untuk jantung, malah mampu merendahkan tahap kolestrol dalam darah. Selain itu, tahap kolestrol 'jahat' seperti LDL (low-density lipoprotein) dalam bantu juga dapat dikurangkan.

Dalam Diet Mediterranean, minyak zaitun biasanya dimakan bersama sayur-sayuran dan buah-buahan. Kombinasi inilah yang membuatkan pengamalnya menjadi lebih sihat dan panjang umur.

Buktinya, rakyat Sepanyol yang mengamalkan Diet Mediterranean merupakan penduduk Eropah yang mempunyai jangka hayat terpanjang iaitu selama 82.2 tahun yang merupakan hampir 8 tahun lebih panjang daripada rakyat Malaysia yang mencatatkan jangka hayat selama 74.5 tahun.

Jadi secara ringkasnya, perkongsian cikgu hari ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua bahawa minyak zaitun membantu memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita iaitu merendahkan kolestrol dalam darah yang membawa kepada faktor panjang umur dengan izin Allah SWT. Bagi yang mempunyai masalah kolestrol, boleh lah mula amalkan pengambilan minyak zaitun ini dan yang paling penting pemakanan pun mesti dijaga.

Kami di Asmak ada 2 jenis saiz minyak zaitun iaitu 10ml dan 250ml.



Jom dapatkan minyak zaitun Asmak daripada cikgu sebagai ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik 💝 Klik pautan whatsapp di bawah atau hubungi nombor yang tertera ya. Semoga bermanfaat!

Oh ya! Jom lah cerita dengan cikgu pengalaman anda mengamalkan minyak zaitun. Tulis di ruangan komen yaa. Terima kasih semua.




0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts