LAMBAT MAKAN PUNCA PERUT MASUK ANGIN
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua 😄
Cikgu nak berkongsi sikit. Semalam, ada seorang staf cikgu perutnya masuk angin. Anda tahu tak apa punca perut masuk angin? Jom cikgu kongsikan hasil bacaan cikgu di hellodoktor.
Semua orang perlu makan untuk mengisi perut demi kelangsungan hidup. Jadi, kita perlu makan pada kadar dan waktu yang sesuai secara berkala bagi memastikan tubuh badan dapat menjalankan fungsinya dengan baik.
Namun, kadang-kala pasti ada masanya kita terlupa atau terlepas waktu makan disebabkan terlalu sibuk dengan aktiviti harian atau mempunyai kekangan wang. Persoalannya di sini, apa yang akan terjadi kepada perut jika kita 'skip' waktu makan?
Sebahagian besar individu pasti pernah mengalaminya kerana ia adalah antara akibat paling utama jika anda tidak makan. Keadaan perut masuk angin atau 'bloating' ini terjadi akibat gastrousus (GI) dipenuhi dengan udara atau gas. Anda boleh lakukan carian sendiri tentang maksud gastrousus jika kurang memahaminya. Ketika keadaan tersebut berlaku, perut anda akan berasa seakan kembung atau sebu dengan sesuatu walhal anda tidak makan.
Kondisi ini akan menyebabkan rasa sakit serta tidak selesa bahkan, dalam beberapa kes ia akan membuatkan perut anda kelihatan lebih besar atau buncit. Untuk pengetahuan anda, organ perut akan sentiasa mencari sesuatu untuk dicernakan sama ada makanan atau minuman apabila tiba waktu makan.
Jadi, apa yang staf cikgu lakukan untuk redakan sakit perutnya? Katanya, dia teringat ada dapat sampel 3ml minyak herba Asmak dan terus sapu. Alhamdulillah dengan izin Allah, dalam masa lebih kurang 20 minit dah lega dan boleh tidur. Kalau tidak, sebelum ni sapu minyak lain memang lambat sangat reda dan susah nak tidur dek menahan sakit.
Cikgu bersyukur sangat jika dapat bantu anda demi kesihatan yang lebih baik. Jika anda kerap mengalami masalah yang serupa, jom ikhtiar dengan minyak herba Asmak. Boleh hubungi cikgu untuk dibantu. Anda cuma perlu klik pautan whatsapp yang cikgu sediakan di bawah ya.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat 😊
Comments
Post a Comment