JOM MASAK NASI LEMAK TANPA SANTAN!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar? Hari ini cikgu nak berkongsi dengan anda semua sebuah resepi yang tidak asing lagi dalam kalangan kita rakyat Malaysia. Haaaa apa tu? Sudah tentu ia adalah resepi nasi lemak! Tapi resepi ini lain sedikit yaa sebab tidak menggunakan santan. Jom baca 😆
Nasi Lemak Tanpa Santan
Bahan-bahannya:
3 pot beras (basuh bersih)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris besar)
1 batang serai, diketuk
1 sudu kecil halba (basuh bersih)
2 1/2 pot air
Garam secukup rasa
5 sudu besar minyak kelapa (atau VCO)
*minyak kelapa boleh diletak lebih sekiranya suka, minyak kelapa tiada kolestrol
Cara-caranya:
Tanakkan semua di atas, kacau sekali sekala. Bila beras hampir kembang, masukkan minyak kelapa. Kacau sekejap-sekejap.
Kalau nak tanakkan semua sekali pun boleh, kacaukan supaya minyak tak berkumpul di bahagian atas sahaja.
Dah pun siap!
Wah, menarik bukan? Kita gantikan santan dengan minyak kelapa dara untuk pilihan yang lebih sihat. Jangan lupa cuba resepi ini ya. Boleh lah kongsi dengan cikgu bagaimana rasanya nanti di ruang komen. Tak tahu nak dapatkan minyak kelapa dara di mana? Asmak kan ada hihii. Boleh klik pautan atau hubungi nombor di bawah untuk cikgu bantu anda dapatkan minyak kelapa dara yaa.
0135819100 Cikgu Basariah
Comments
Post a Comment