FIRST TIME TRY KAISA LIPBALM


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kesayangan cikgu. Cikgu nak tanya, anda semua tahu tak bahawa Asmak juga ada keluarkan rangkaian produk kecantikan? Cikgu nak kongsi sedikit tentang salah satu produk kegemaran staf  cikgu di Asmak Distribution Centre (ADC) Teluk Intan dalam rangkaian produk kecantikan Asmak ni iaitu Kaisa Lipbalm 💞





Kisahnya, staf cikgu namanya Nab nak mencari dan mencuba lipbalm baru kerana yang lama dah tinggal sedikit. Nab memang suka pakai dan mencuba pelbagai jenama pelembap bibir. Tiba-tiba teringat yang Asmak ada keluarkan lipbalm juga. Wah, seronoknya! Nab terus cuba sampel yang ada dalam rak di centre. Pertama sekali mestilah hidu terlebih dahulu sebab Nab kurang suka kalau ada bau menyengat macam 'chemical' dan sudah semestinya bau Kaisa lipbalm Asmak ni sedap dihidu dan tiada bau pelik-pelik. Okey, langkah pertama dah lulus Nab pun terus pakai. Apa yang Nab boleh komen, Kaisa lipbalm keluaran Asmak selesa dipakai, tak melekit dan naik seri sebab warnanya akan ikut warna darah. Kalau konsisten pakai nanti cantik dan sihat lah bibir. Nab nak bagi tips, kalau tak sempat bersolek sebelum keluar tapi tak nak muka nampak pucat, calit Kaisa lipbalm cepat cepat. Baru lah muka nampak segar dan bermaya.





Gembira Nab dah jumpa sasaran lipbalm seterusnya 😆 Anda semua kalau nak dapatkan Kaisa Lipbalm keluaran Asmak boleh hubungi cikgu segera ya sebelum kehabisan stok dek kerana Nab ambil hihii.

Anda boleh hubungi cikgu melalui nombor yang cikgu tinggalkan di bawah atau lebih mudah tekan sahaja pautan whatsapp yang cikgu sediakan. 

Jom cantik bersama Kaisa Lipbalm!





0135819100 Cikgu Basariah

Comments

Popular Posts