Hadis Hari Ini
0135819100 Rabiahtun
Silaturrahim ialah amalan dianjurkan Islam dan wajib dilaksanakan oleh orang beriman kerana banyak ayat al-Quran menjelaskan kepentingan memelihara silaturahim dan ukhwah sesama manusia.✨
Namun, tak salah menjauhi dan menjarakkan hubungan dengan golongan munafik dan 3 jenis manusia yang disebut di bawah :
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
Semoga kita menjadi manusia yang menjaga silaturahim dalam erti kata sebenar, bukan berpura - pura baik semata.😊🌹
Comments
Post a Comment