Ujian tanda Allah sayang

Assalamualaikum

Alhamdulillah cikgu dah selamat menjalani minor operation buang hempedu. Imbas kembali apa yang berlaku sebagai kenangan di kemudian hari.

Balik dari family day hari Ahad tu, malam tu dah start sakit perut. Sakit macam ni dah pernah kena dlu. Sebelum ni ikhtiar sapu minyak asmak, spray minyak habbatussauda okay. So cuba kaedah yang sama. Alhamdulillah nampak berkurang tapi sebab badan lemah tak cukup tidur pergi jugak ke klinik untuk cek, amik ubat dan dapatkan mc. Selesai tu, rasa dah kuat sket, mula survey cari minuman dan makanan untuk pelajar sempena hari sukan yang patutnya berjalan hari ni. Sempatla tolong belikan 100 plus 5 karton untuk prasukan. 

Bila hari makin petang, dalam perjalanan balik dari beli 100 plus tadi tu, perut dah mula sakit semula. Kali ni sakit makin kuat tak kurang-kurang. Ambil panadol pon tak kurang sampai tak boleh nak tidur. Razin, Rafif dan Nurin tolong urut pon tak hilang-hilang. Jam 3 pagi sakit dah makin tak tertahan, kejut suami ajak ke kecemasan Anson Bay. 

Sampai je kecemasan, terus diorang semak semua darah, ctg, dan macam-macam. Doktor pon check dan datang tanya nak admit ke? Kalau nak admit, kena buat swap test. So buatla swap test. Pertama kali kena jolok hidung. Syukur negatif.

Hari dah makin siang, doktor pakar datang dan check. Maklumkan nak kena buat scope dan ultlrasound untuk tahu masalah sebenar. Drip memang diorang dah masuk masa kat emergency untuk kurangkan sakit tapi sakit belum berkurang. Siap dah beberapa jenis ubat tahan sakit diorang cuba. Sakitnya masih tak tertahan.

Selesai scope dan ultrasound, doktor maklumkan apa yang terjadi. Ada batu dalam hempedu, jangkitan kuman dan hiatal hernia. Yang hiatal hernia tu masih stage awal yang tak bahaya katanya. Yang menyebabkan sakit tu jangkitan kuman kat hempedu tu. So doktor plan bagi antibiotik dan ubat tahan sakit. Kalau okay, boleh discharge dan kembali slps 6 minggu baru proceed operation.

Maka kembalilah cikgu ke wad. Tengahari tadi staf ADC Izan, Solehah dan Azirah datang menziarah. Bagus depa bertiga ni sanggup korban masa rehat datang ziarah. Dahla comel je boleh tersesat ke Hospital Teluk Intan. Sabar je la. Petang sket selepas asar, Kak Zaleha dan Kak Sarifah pula datang. Terhibur sket hati. Cikgu terpaksalah tidur satu malam lagi di wad ni. Bermalam di wad, panjang betul masanya. Jam berlalu sangat lambat dirasakan dengan sakit yang bersilih ganti bertandang. Suami datang teman kejap tapi kena balik untuk uruskan anak-anak kat rumah. Menahanlah sakit sorang-sorang. Walaupun dah masuk drip antibiotik dan ubat tahan sakit, sakit masih tak berkurang. 

Esoknya tu, doktor tukar plak antibiotik amik yang makin kuat dan pesan kalau sakit sangat tak tertahan kena panggil dia sebab dia oncall dan mungkin kena buat pembedahan kecemasan. Dalam jam 3 petang, sakit dah tak tertahan. Selepas tukar antibiotik lebih kuat, makin sakit jadinya. Terus minta nurse panggilkan doktor. Doktor datang dan tengok terus bagitau kita kena buat pembedahan segera. Tapi sebelum tu kena buat CT Scan dulu untuk tahu masalah sebenar dan kaedah terbaik untuk rawatan. Doktor bius pon ada datang bagi taklimat sket apa ubat dia akan masukkan dan cara bius bila nak pembedahan nanti.

Cikgu pon dibawa ke bilik khas untuk menjalani CT Scan. Sakit sangat masa ni tapi bertahan jela. Merasala masuk terowong putih yang dok ajar kat pelajar sebelum ni. Proses ni amik masa dalam 3 minit kot. Sedar tak sedar je masa ni sbb menahan sakit. Ikut je arahan yang diberi petugas hospital.

Selepas selesai CT Scan dibawa pula ke bilik pembedahan. Masa ni doktor bius dah ada menanti. Adalah tanya beberapa soalan. Dah lupa semua. Cuma yang ingat dia ada bagitau, saya akan pakaikan topeng ni, nanti puan akan tak sedar ye. 

.
.
.

Celik je mata rasa sedang ditolak keluar bilik pembedahan. Masa ni dengar suara suami cikgu. Buka mata sket tengok dah gelap. Rasa terdengar percakapan yang maklumkan dah pukul 8 malam camtu. Memang blur habis rasa. Telinga dapat tangkap percakapan orang sekeliling tapi memang nak respon tu tak larat sangat. Kesan bius ni boleh dikatakan agak kuat. Kepala rasa berat dan memang agak sukar berfikir dengan waras.

Cikgu sedar dah ada dalam wad bila suami kejut bagitau dia nak kena balik tengok anak-anak. Mampu angguk dan teruskan tidur. Akan tersedar semula bila nurse datang amik tekanan darah dan oksigen.

Keesokan pagi, nurse datang kejut diorang nak lap badan, tukar baju dan cadar semua. Selepas dari tu, baru start rasa sakit di kawasan operate. Rasa nak gerak badan pon susah. Baru perasan doktor ada tebuk lubang di kanan badan untuk keluarkan cairan baki pembedahan dan ada pasang kantung untuk air kencing. Dimaklumkan ada 5 ketul batu dalam hempedu dan jangkitan kuman memang dah teruk sebab hempedu dah bernanah jadi lebih baik dikeluarkan. Ada dia bagi video tapi nak tengok pon seriau apatah lagi nak post kat sini. 

Hari pertama selepas pembedahan, nak bergerak pon seriau. Nak makan dan minum pon suami tolong suap. Makan pon memang tak lalu. Nak telan punyalah susah rasanya. Doktor ada datang petang tu tanya khabar dan maklumkan setakat ni progress cikgu baik. Cuma kena paksa diri makan dan minum untuk cukupkan tenaga. Esok mayb dah boleh discharge. Ayat doktor ni memang bagi semangat untuk cikgu lawan kesakitan ni. Suami cikgu pon siap menyanyi-nyanyi lagu nak bagi semangat. Kelakar pon ada bila diingatkan. Masa suami cikgu nak balik rumah, dia letak air kat tepi dan cubalah capai pelan-pelan. Banyak kali jugakla air tumpah ke baju. 

Sepanjang malam keseorangan di wad susah nak tidur dengan ada auntie kat sebelah yang sakit. Dari percakapan, bunyi nafas dan respon nurse, cikgu boleh bayang situasi yang berlaku di sebelah. Terus terkenang pengalaman masa jaga arwah mak. Masa ni memang sebak sangat-sangat. Teringat sangat kat mak.

Hari akhir di wad...

Nurse datang seawal jam 6 pagi untuk lap badan, tukar baju dan cadar semua. Masa ni cikgu dah start rasa lapar. Sabar menanti suami datang sebab nak bergerak tak berani dengan kantung di kiri dan kanan badan belum lagi wayar yang berselirat kat tangan ni.

Sampai je suami, cikgu minta dia bantu untuk cikgu cuba duduk. Nak makan macam biasa dan nak cuba makan dan minum sendiri. Paksa diri untuk kuat. Kena lawan perasaan sakit dan lemah ni. Memang aim kena keluar hospital hari ni. Makin lama, makin sakit rasa badan. Doktor datang dalam jam 10 pagi, cek semua dan kata nampak progress dah okay. Doktor akan suruh nurse buang kantung-kantung dan wayar. Doktor suruh cikgu praktis berjalan. Maybe petang baru doktor akan bagi surat discahrge.

Kantung di sebelah kanan doktor yang keluarkan. Panjang jugak wayar yang masuk ke dalam badan rupanya. Berlobang dalam jugakla kiranya. Kata doktor nanti lubang akan terkatup sendiri tak perlu risau. Sama macam 3 lubang lain yang ditebuk tu. 

Selepas doktor beredar, cikgu pon start berlatih ke tandas dengan bantuan suami. Mula nak bangun memang peningla kepala. Terhuyung hayang jadinya. Tapi selepas beberapa kali dah makin okay. Prektis duduk dan berjalan perlahan-lahan. 

Menjelang tengahari, selepas selesai makan, suami pulang untuk solat Jumaat dan uruskan anak-anak. Cikgu layanla tengok tv kejap. Sebelum ni tv je tengok cikgu. Tak lama dalam jam 2 camtu Azuwa datang disusuli dengan Kak Saidatul dan Kak Balkis. Terima kasih korang sudi datang ziarah. Sebaik diorang pulang, cikgu usaha jalan pelan-pelan ke tandas, bersihkan diri dan amik wudhuk. Last solat cikgu ingat masa sblm operation. Selepas tu hanya hormat waktu sahaja. Selepas ni kena qadalah semula. Terima kasih Allah masih panjangkan umur ni. Betapa mahalnya nikmat kesihatan yang Kau beri. Hanya bila sakit baru nikmat itu dihargai. Allah...HambaMu ini sangat lemah sehingga perlu diberi peringatan berulang kali baru kembali menyerah hati dan jiwa sepenuhnya kepadaMu. 😭

Lama jugak tunggu masa nak discharge. Banyak betul paperwork yang kena diselesaikan. Alhamdulillah selesai bayar bil. Cuma satu yang patut Hospital Anson Bay ambil perhatian termasuk agen prudential bsn takaful, harap sangat selepas ni, kad diterima terus. Dah beberapa kali kami gunakan khidmat Hospital Anson Bay tapi semuanya kena pay and claim. Alasan yang diberi sangat mudah iaitu tiada demand dari client dan agen. Pelik sangat. Seingat cikgu dulu, ramai kawan-kawan cikgu yang daftar dengan prudential bsn takaful ni. Disebabkan kad tak diterima diorang terpaksa ke hospital yang jauh-jauh. Bukan semua mampu nak "pay and claim". Semoga agen insuran terlibat berusaha lebih keras bantu pengguna macam kami ni. Bukan semata-mata bayaran je nak cukup masa tapi perkhidmatan tak seperti yang dicanangkan. Agen pon dah ramai lari ke kawasan lain katanya. Kesian client ditinggalkan terkontang kanting berjuang nasib sendiri ☹️

Alhamdulillah segalanya selesai jam 6 lebih selepas akauntant hospital tersilap buat potongan 2 kali ni kad bank. Mula kad bank cikgu, kemudian kad suami pulak. Bertabahla menanti diorang refund semula. Demikianlah dugaan sedikit sebanyak Allah nak tunjuk yang kita ni hambaNya yang sangat lemah.

Trivia

Kesihatan adalah harta yang sangat bernilai. Setiap nafas, penglihatan, suara yang dilontar, tangan yang digerakkan, badan yang sihat cergas, boleh ketawa, boleh senyum, boleh kentut, buang air besar, buang air kecil dan banyak lagilah tu semua rezeki dari Allah. Mudah sangat Allah nak tarik bila-bila masa yang Dia mahu. Satu bahagian sahaja yang dia ambil pon dah boleh menyebabkan kita jadi muflis. Betapa Maha Kaya Allah tak pernah cas kita dengan apa yang diberi secara percuma. Terima kasih ya Allah atas tarbiah ini. Ya Allah jadikan kami hambaMu yang sentiasa sedar diri dan bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan.

Terima kasih tak terhingga buat suami tercinta yang berkorban, bersusah payah jaga sepanjang isterimu ini sakit, anak-anak yang bersabar dan memudahkan urusan, ahli keluarga dan para sahabat handai, jiran-jiran yang bertanya khabar, juga tak dilupakan buat Puan Norfazilah dan Encik Selodi suami isteri yang kerap bertanya khabar, team The Spartans, keluarga besar Asmak, para pelajar, bekas pelajar, serta semua sahabat yang mendoakan dari kejauhan. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang datang menziarah. Hanya Allah yang dapat balas jasa kalian semua. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita semua agar kita dapat menunaikan ibadat dan menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaiknya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Aamiiin.

Psst..ada yang tanya cikgu macamana rasa sakit tu ye???

Hmm..sakitnya tu bermula dari tengah dada. Menyucuk-nyucuk sampai ke perut, menjalar ke bahagian kanan badan dan menyebabkan lengoh di bahagian tangan dan belakang badan juga. Sebelum ni memang antara yang berkesan kurangkan simptom ni minyak herba asmak dan fresh n cool. Selesai pembedahan ni pon, cikgu masih minta suami bantu sapu minyak asmak dan fresh n cool untuk hilangkan sengal-sengal badan tu. Alhamdulillah sangat membantu.

Doakan cikgu sihat dan cergas semula ya. Sayang korang semua!

Terima kasih sudi baca sampai habis ♥️





Comments

Popular Posts