Extra Virgin Olive Oil

Buah zaitun atau dalam istilah dikenali sebagai Olea Europea merupakan tanaman yang biasanya ditanam di kawasan Meditranean seperti di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Buah zaitun tidak terkecuali daripada memiliki khasiatnya yang tersendiri turut disebut di dalam Al-Quran serta dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. 

"Hendaklah kalian menggunakan minyak zaitun sebagai lauk dan buatlah sebagai minyak oles, kerana ia berasal dari pohon yang diberkahi." (Riwayat Abu Daud)

Dinamakan Extra Virgin Olive Oil kerana dihasilkan melalui perahan 'cold press' yang pertama. Ianya tidak mengalami proses pemanasan dan tidak ada campuran sebarang bahan kimia. Kadar asidnya 0.5% - 0.8%. Tinggi oksida dan banyak nutrien/khasiat vitamin dan mineral. Warna kehijauan, rasanya agak pahit dan baunya agak kuat.

Comments

Popular Posts