Vitamin C dan apa mampu ia beri kepada anda
Vitamin C adalah vitamin yang terdapat dalam pelbagai makanan dan dijual sebagai makanan tambahan.
Pengambilan vitamin C amat baik untuk merawat penyakit kulit. Nama lain bagi vitamin C ialah asid askorbik, dimana ianya berfungsi dalam pertumbuhan, pengembangan dan pembaikan semua tisu badan serta membantu dalam pengeluarkan enzimatik neurotransmitter tertentu.
Vitamin C juga berfungsi dalam pembentukan kolagen, penyerapan zat besi, meningkatkan sistem imun badan, penyembuhan luka, dan pemeliharaan tulang dan menguatkan gigi.
Pengambilan vitamin C bagi orang dewasa yang disyorkan adalah 65 hingga 90 miligram (mg) sehari, dan semaximum 2,000 mg sehari.
Pengambilan vitamin C yang berlebihan dalam makanan diet seharian anda tidak membahayakan, namun pengambilan suplemen vitamin C yang berlebihan berkemungkinan akan menyebabkan cirit-birit.
Individu dengan penyakit hati kronik, gout, atau penyakit buah pinggang disyorkan untuk mengambil tidak lebih dari 1,000 mg vitamin C setiap hari.
Orang dewasa yang berumur 19 hingga 64 tahun memerlukan 40mg vitamin C sehari yang mana boleh diperoleh dalam makanan diet seharian.
Vitamin C tidak dapat disimpan di dalam badan, jadi anda memerlukannya dalam diet anda setiap hari.
Vitamin jenis larut air menyerap dengan baik semasa perut kosong. Ini bermaksud mengambilnya terlebih dahulu pada waktu pagi amat baik seperti 30 minit sebelum makan atau boleh juga diambil dua jam selepas makan.
Vitamin C, semua vitamin B, dan asid folik adalah jenis vitamin yang larut dalam air.
Sebaik sahaja anda mula menggunakan vitamin C dalam penjagaan kulit anda, anda akan dapat melihat peningkatan ketara dalam masa 3 minggu.
Vitamin C juga dapat membantu mengatasi masalah hiperpigmentasi dalam masa dua bulan.
0135819100 Rabiahtun
Comments
Post a Comment