Review burger leleh
Assalamualaikum
Ak kisah, petang semalam pergu piknik kat Kampung Poh dengan famili abang cikgu.
Pergh air dia punyalah jernih, cetek dan shejukkkkk. Puasla anak-anak mandi.
Elok je berkemas nak balik, todia hujan mai sekali nak ribut. Syukur kami dah setel mandi semua.
Selesai solat Asar kat masjid dalam kampung, kami pon apa lagi p la serbu kedai Along Burger Leleh ni.
Masuk punyalah dalam. Kalau mau sendiri memang kompom tak jumpa dan ingat sesat dah ni.
Sampai je restoren ni macam tak sangka ada part cun camni dalam kampung. Bertemakan 'Western dalam kampung', menu dia memang best-bestla. Harga plak memang murah giler berbanding biasa. Kualiti setaraf hotel korang.
Sambil makan tu, abang cikgu buka cerita bagitau tukang masak merangkap owner restoren ni adalah bekas chef di salah sebuah hotel. Memang selalu masuk Mingguan Wanita dlu.
Ni cikgu payung sket gambar kat restoren ni.
Burger tower mix. Ni ada ayam, daging, kambing. Meriah gila!
Lamb cop cuma rm12 je korang. Isi pon lembut. Sos dia memang sedap la.
Air jus tembikai jumbo camni rm6 je. Sengkak minum dua orang pon.
Cikgu tapau bawak balik ramen meatball dia. Siyes tak menyesal 😂
Kalau korang nak datang, silakan waze supaya tak sesat ye. Hehe
Comments
Post a Comment