Pernah kene sesak nafas
Assalamualaikum
Selamat petang!
Maafla kawan-kawan. Sejak jadi retis ni bizi sket. Petang baru sempat nak jenguk sini. Haha. 😝
Hari ni cikgu selpie dengan cinta terkini cikgu iaitu Minyak Habbatussauda dari Asmak ni.
Berlambak dah produk berasaskan minyak habbatussauda dan banyak yang cikgu dah cuba tapi yang ni spesel sebab dia versi spray, perahan sejuk dan lembut smooth je rasa dia.
Pernah satu malam tu, cikgu jadi sesak nafas, angin tak nak keluar dari badan. Pusing kiri kanan serba tak kena. Masa tu try dah sapu kesayangan satu lagi tu Minyak Herba Asmak tapi angin jahat ni macam terkepung tak nak keluar. Dahi dah mercik peluh dingin. Masa tu mula fikir, agaknya dah sampai masa ni. Allah..
Zikir, selawat, syahadah tak stopla masa tu. Tetiba Allah lintaskan nak try spray minyak ni bawah lidah. Terus amik spray 15 kali picit. Pastu kemam. Biar je gitu tak minum air. Syukur, alhamdulillah dengan izin Allah tak lama tu start sendawa, kentut-kentut terus ke tandas muntah dan membuang air besar. Alhamdulillah dah boleh tidur lena.
Terima kasih Allah beri peluang kedua.
Jadi, buat kalian yang pernah jadi macam ni, selalu kena serangan angin, rasa badan cepat lesu, ikhtiarlah dengan minyak habbatussauda ni. Memang pure habbatussauda. Trust me, rasa dia smooth tak perit sangat tekak. In shaa Allah kalian boleh telan. Nanti pastikan minum air secukupnya tau. Habbatussauda ni memang sifat dia panas tapi in shaa Allah yang menyihatkan dan merawat dari dalam. Biiznillah ❤️
#NigellaSeedsIsMuslimFrontliner
#IkhtiarDariSunnah
Comments
Post a Comment