Kenali Penawar Batuk





Batuk merupakan salah satu perkara biasa yang terjadi di kalangan manusia. Batuk juga boleh menyebabkan kahak pada tekak anda dapat dikeluarkan dengan lebih mudah.

Tapi batuk yang berpanjangan adalah amat bahaya kerana boleh menjadi gejala yang tidak sihat seperti alahan, jangkitan virus serta jangkitan bakteria. Kadang bila kita batuk orang sekeliling kita tak selesa. So saya nak share dengan anda semua bahan-bahan yang ada dekat dapur tu untuk mengubati batuk anda tu.

 MADU
Madu tersangatlah elok sebagai agen merawat batuk sebab dalam madu ni mempunyai dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk dimana ianya lebih baik dari ubat batuk yang anda minum ketika batuk.

HALIA
Halia mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada didalam badan. Halia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga dapat mengurangkan pedih pada tekak. Campuran pudina segar bersama halia dapat bantu menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk.

ASAM JAWA
Asam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan tekak anda berasa lega. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut untuk membuang biji dan seratnya.

 BAWANG PUTIH
Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batuk. Petua ini amat mudah, anda perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya dan seterusnya membakar ia di atas dapur gas anda selama 15 minit. Pastikan bawang putih tersebut tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung. Buang kulit bawang tersebut dan makan ia begitu sahaja.

 AIR PUTIH
Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang teramat murah dan sangat penting adalah air putih. Air putih akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan anda meminum banyak air putih.

Kalau batuk anda teruk sangat, saya syorkan anda untuk terus berjumpa dengan doktor sebab risau berlakunya jangkitan kuman. Sentiasa ambil berat mengenai kesihatan diri ya 





0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts