JUJUR DAN AMANAH DALAM BERNIAGA
Agama kita menuntut umatnya untuk mencari rezeki melalui jalan yang baik dan halal bagi memenuhi tuntutan dan keperluan hidup sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga atau orang-orang yang di bawah tanggungan kita. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 168:
Ų£Ų¹ŁŲ° ŲØŲ§ŁŁŁ Ł
Ł Ų§ŁŲ“ŁŲ·Ų§Ł Ų§ŁŲ±Ų¬ŁŁ
ŁŁŁŁ°ŁŲ£ŁŁŁŁŁŁŲ§ Ł±ŁŁŁŁŲ§Ų³Ł ŁŁŁŁŁŲ§Ł Ł
ŁŁ
ŁŁŲ§ ŁŁŁ Ł±ŁŪ”Ų£ŁŲ±Ū”Ų¶Ł ŲŁŁŁŁŁ°ŁŲ§ŁŪ¬ Ų·ŁŁŁŁŲØŁŪ¬Ų§ ŁŁŁŁŲ§ ŲŖŁŲŖŁŁŲØŁŲ¹ŁŁŲ§Ł Ų®ŁŲ·ŁŁŁŁ²ŲŖŁ Ł±ŁŲ“ŁŁŁŪ”Ų·ŁŁŁ°ŁŁāŪ Ų„ŁŁŁŁŁŁ Ū„ ŁŁŁŁŁ
Ū” Ų¹ŁŲÆŁŁŁŁŪ¬ Ł
ŁŁŲØŁŁŁŁ
ŲµŲÆŁ Ų§ŁŁŁ Ų§ŁŲ¹ŲøŁŁ
āWahai manusia! Makanlah makanan dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu.ā
Ketahuilah, terdapat banyak cara atau jalan yang boleh dilakukan dalam mencari rezeki dan salah satu caranya ialah melalui bekerja sendiri atau berniaga. Contoh ikutan yang ideal kepada kita dalam perkara berniaga ini ialah baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam. Baginda sebelum diutus menjadi rasul merupakan seorang usahawan dan ahli perniagaan yang hebat dan berjaya
Antara perinsip atau etika perniagaan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam ialah bersikap jujur dan amanah dalam perniagaan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah semasa baginda menjalankan dagangan Saidatina Khadijah, baginda memperolehi hasil keuntungan yang besar dan berlipat ganda.
Sesungguhnya sifat jujur dan amanah dalam apa juga pekerjaan terutama sekali dalam perniagaan adalah sangat penting kerana sifat-sifat tersebut dapat memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang munkar dan dosa. Ingatlah, kadangkala rezeki yang baik dan halal itu boleh tercemar dan menjadi haram jika kita tidak bersikap jujur dan amanah terutama dalam berniaga seperti menjual barang yang telah rosak, menjual barang yang telah luput atau mansuh tarikhnya, mengurangkan sukatan timbangaan dan sebagainya. Ingatlah, agama kita menegah umatnya daripada melakukan sebarang tipu daya atau helah ketika berjual beli.
Comments
Post a Comment