Angan-angan satu langkah kejayaan

Selamat pagi semua.🌻🌻

Angan-angan dan mimpi juga adalah langkah awal untuk mencapai kejayaan.

Setiap dari kita pastinya mengimpikan kejayaan dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Dalam usaha kita untuk menggapai kejayaan pastinya ada pelbagai rintangan, ujian, dugaan, dan onak duri yang terpaksa ditempuhi. Ada masanya motivasi kita akan merudum disebabkan ujian yang hadapi.

Sebagai seorang individu yang mempunyai motivasi, semangat dan keazaman untuk berjaya, salah satu daripada tips yang ingin kami kongsikan kepada anda ialah untuk sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang BIG WHY atau kenapa kita bermula satu masa dahulu?

Setelah kita ingat semula BIG WHY kita bermula dan berazam untuk berjaya, langkah seterusnya ialah dengan berusaha untuk menaikkan semula semangat yang ada dalam diri. Ada pelbagai cara untuk memotivasikan diri sendiri dan salah satu cara yang paling berkesan ialah dengan menyebut kata-kata semangat kepada diri sendiri atau affirmation. Caranya:

  • Berdiri di hadapan cermin.
  • Lihat muka sendiri, renung ke dalam mata dalam-dalam.
  • Cakap kepada diri sendiri dengan penuh perasaan dan semangat.
  • Kuatkan suara.
  • Gunakan bahasa badan yang sesuai.
  • Senyum pada diri sendiri.
  • Bercakap dengan penuh kasih sayang dan harapan

  • 135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts