Pergi mengurut mesti bawa minyak asmak
Baru ni saya pergi berurut dengan seorang bidan. Beliau merupakan pelanggan setia Minyak Herba Asmak.
Saya bawa sebotol minyak 50ml. Memang kebiasaan bila berurut, saya lebih gemar untuk guna Minyak Herba Asmak ni. Sambil mengurut, bidan Fatimah cerita tentang kenapa dia suka sangat guna minyak ni.
"Cikgu, cuba tengok kaki saya ni. Nampak tak yang hitam ni. Ni bekas luka kencing manis. Saya guna minyak ni sapu setiap hari. Alhamdulillah elok cikgu. Kering elok. Cantum luka. Sekarang ni, ada je luka cepat-cepat sapu minyak ni."
"Cikgu nak tahu, kalau selesema, cikgu letak minyak ni kat jari kelingking, pastu, masukkan sehingga ke bahagian dalam hidung yang dekat tulang tu. In shaa Allah kejap je lega cikgu. Tak caya, cubalah!"
Terus terfikir, aku yang jual ke dia yang jual ni? 😂
Seronok betul bila berurut dengan bidan ni. Orang lama..memang banyak ilmu dikongsi.😊
Comments
Post a Comment