Setiap ibu mengandung alahannya tidak sama
Siapa mommy yang ada pengalaman macam saya ? Orang kata alahan dan tindak balas badan kita sebelum dan selepas bersalin ni berbeza-beza. Macam saya, masa mengandungkan anak kedua muka naik jerawat pasir yang agak teruk. Sampai saya tertekan dibuatnya. Orang mula bercakap-cakap “taulah mengandung, muka pun dah tak reti nak jaga”. Sedihnya rasa, tapi saya sabar. Nasib baik suami pun memahami pembawakan budak. Dia yang banyak beri semangat pada saya.
Suami jugaklah yang banyak buat rujukan dan rajin membaca tentang kehamilan ni. Terbalik pulak kan. Sebab suami jugaklah saya kenal dengan Madu Kurma Merah. Naik hangin jugak saya mula-mula masa dia cakap ada bawak balik madu. Nasib baik tak pitam.
Sejak 2nd trimester saya consume Madu Kurma Merah setiap pagi dan sebelum tidur. Rasa memang lain dari masa mengandungkan anak pertama. Badan rasa lebih bertenaga yang paling seronok selepas beberapa minggu wajah saya mula pulih dan semakin berseri-seri. Hilang semua jerawat pasir yang mengganggu keyakinan diri saya. Saya amalkan Madu tak pernah tinggal walaupun sedang berpantang. Wahhh, susu badan alhamdulillah memang banyak. Sebelum ni tak ada la banyak macam ni. Syukur sangat. Banyak lagi khasiat yang saya dapat rasakan sejak amalkan Madu Kurma Merah semasa mengandung ni.
Lepas ni nak cuba pulak 2 lagi adik beradiknya tu, Madu Asli dan Madu Halia Bentong. Anda pun patut cuba.
#MaduAsmak
Comments
Post a Comment