Kematian: Peringatan Buat Diri Kita

Selamat pagi semua🥰🤗

Kematian: Peringatan Buat Diri Kita
=======
1. Kita semua akan mati. Dan berita-berita kematian yang datang kepada kita seakan satu mesej peringatan buat kita. Dalam al-Quran, Allah telah mengingatkan kepada kita dalam al-Quran bahawa kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Firman Allah:

كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu." (Surah Ali Imran: 185)

2. Perhatikan dalam ayat ini bagaimana Allah mengaitkan kematian dengan amalan kebajikan yang kita lakukan. Ia mengingatkan kepada kita apakah amalan yang telah kita persiapkan untuk menghadapi kehidupan di hari akhirat kelak.

3. Sebab itu para salaf terdahulu sangat bimbang tentang bagaimana pengakhiran hidup mereka. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, golongan Salaf sangat bimbang akan perihal bagaimana kematian mereka nanti. Hadith yang diungkapkan oleh Nabi ﷺ tentang kematian yang buruk (su’ al-khatimah) menyebabkan mereka sentiasa berdoa agar meninggal dalam keadaan yang baik. Sabda Rasulullah ﷺ:

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya amalan itu (dinilai) pada pengakhirannya.”

4. Ata’ al-Khaffaf sering ternampak Sufyan al-Thawri dalam keadaan menangis. Apabila ditanya, apakah yang membuatkan kamu menangis? Sufyan menjawab: “kerana aku bimbang bagaimana pengakhiran hidupku nanti.”

Tahukah kita siapa Sufyan al-Thawri? Menurut Imam al-Zahabi, Sufyan adalah “Penghulu Ulama di zamannya.” Imam Ahmad bin Hanbal pula menggambarkan peribadi Sufyan sebagai “Tokoh yang memenangi hatiku.” Sufyan al-Thawri adalah Imam Hadith yang tersohor. Menurut Yahya al-Qattan: Sufyan al-Thawri lebih tinggi kedudukannya dari Imam Malik. Namun, walau tinggi ilmu dan kedudukan Sufyan al-Thawri, beliau masih lagi menangis setiap malam kerana bimbang akan bagaimana kematian yang akan dilalui.

5. Malik bin Dinar diriwayatkan bangun sepanjang malam. Beliau memegang janggutnya sambil berkata: "Wahai tuhanku, sesungguhnya engkau telah mengetahui siapakah penghuni syurga dan neraka. Maka dimanakah Malik akan ditempatkan?"

Benarlah mati tu sebuah peringatan.

Kredit : Dr Ahamd Sanusi

0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts