Keutamaan Istighfar
Keutamaan Istighfar
Imam Hasan Al-Basri pernah berkata : Banyakkanlah istighfar (memohon keampunan kepada Allah) di dalam rumah kalian, diatas musibah atau bencana yang menimpa. Banyakkanlah istighfar semasa di dalam perjalanan, ketika berada di pasar (shoping mall), di dalam majlis-majlis perhimpunan atau di manapun kalian berada, kerana kalian tidak mengetahui bilakah turunnya Maghfirah (ampunan Allah).
Perbanyakkanlah beristighfar sama ada kita dalam keadaan berdosa mahupun ketika kita merasakan tidak ada dosa. Wajib bagi kita untuk memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada Allah diatas dosa yang pernah kita buat, sama ada dosa itu sedikit mahupun banyak, sama ada yang kita sedar dan ingat, mahupun yang sudah kita lupakan.
Antara kelebihan beristighfar memohon keampunan:
1. Boleh mencegah dari turunnya azab siksaan Allah SWT
Firman Allah :
ŁŁŁ
ŁŲ§ ŁŁŲ§ŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŲ¹ŁŲ°ŁŁŲØŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ£ŁŁŁŲŖŁ ŁŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŁ
ŁŲ§ ŁŁŲ§ŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ Ł
ŁŲ¹ŁŲ°ŁŁŲØŁŁŁŁ
Ł ŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ³ŁŲŖŁŲŗŁŁŁŲ±ŁŁŁŁ
"Allah tidak akan menyeksa mereka, selama kamu (wahai Muhammad) ada di tengah-tengah mereka. Dan Allah tidak akan menghukum (menyeksa) mereka, sedangkan mereka memohon ampun (beristighfar) (al-Anfal: 33).
2. Istighfar sebagai salah satu sebab untuk mendapatkan pengampunan dosa
Firman Allah SWT:
ŁŁŲ§ŁŁŁŲ°ŁŁŁŁ Ų„ŁŲ°ŁŲ§ ŁŁŲ¹ŁŁŁŁŲ§ ŁŁŲ§ŲŁŲ“ŁŲ©Ł Ų£ŁŁŁ ŲøŁŁŁŁ
ŁŁŲ§ Ų£ŁŁŁŁŁŲ³ŁŁŁŁ
Ł Ų°ŁŁŁŲ±ŁŁŲ§ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ§Ų³ŁŲŖŁŲŗŁŁŁŲ±ŁŁŲ§ ŁŁŲ°ŁŁŁŁŲØŁŁŁŁ
Ł ŁŁŁ
ŁŁŁ ŁŁŲŗŁŁŁŲ±Ł Ų§ŁŲ°ŁŁŁŁŁŲØŁ Ų„ŁŁŁŁŲ§ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲµŁŲ±ŁŁŁŲ§ Ų¹ŁŁŁŁ Ł
ŁŲ§ ŁŁŲ¹ŁŁŁŁŲ§ ŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ¹ŁŁŁŁ
ŁŁŁŁ.
"Dan orang-orang yang apabila berbuat keji atau menganiaya diri sendiri, kemudian mereka mengingat Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa, kecuali Allah? Kemudian mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedangkan mereka mengetahuinyaā. (Ali Imran : 135).
ŁŁŁ
ŁŁŁ ŁŁŲ¹ŁŁ
ŁŁŁ Ų³ŁŁŲ”ŁŲ§ Ų£ŁŁŁ ŁŁŲøŁŁŁŁ
Ł ŁŁŁŁŲ³ŁŁŁ Ų«ŁŁ
ŁŁ ŁŁŲ³ŁŲŖŁŲŗŁŁŁŲ±Ł Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ¬ŁŲÆŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŲŗŁŁŁŁŲ±ŁŲ§ Ų±ŁŲŁŁŁ
ŁŲ§.
āDan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya (dengan melakukan dosa dan maksiat), (tetapi) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.ā (An-Nisa` : 110)
3. Istighfar penyelesai masalah dan memurahkan rezeki
Sabda Nabi SAW:
Ł
ŁŁŁ Ų£ŁŁŲ«ŁŲ±Ł Ł
ŁŁŁ Ų§ŁŲ§Ų³ŁŲŖŁŲŗŁŁŁŲ§Ų±Ł Ų¬ŁŲ¹ŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁ Ł
ŁŁŁ ŁŁŁŁŁ ŁŁŁ
ŁŁ ŁŁŲ±ŁŲ¬ŁŲ§ ŁŁŁ
ŁŁŁ ŁŁŁŁŁ Ų¶ŁŁŁŁ Ł
ŁŲ®ŁŲ±ŁŲ¬ŁŲ§ ŁŁŲ±ŁŲ²ŁŁŁŁŁ Ł
ŁŁŁ ŲŁŁŁŲ«Ł ŁŲ§Ł ŁŁŲŁŲŖŁŲ³ŁŲØŁ.
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (HR Ahmad dari Abdullah bin Abbas r.a.)
4. Istighfar adalah amalan yang paling banyak dilakukan oleh Nabi SAW
Ų¹ŁŁŁ Ų§ŲØŁŁŁ Ų¹ŁŁ
ŁŲ±Ł ŁŁŲ§ŁŁ Ų„ŁŁŁ ŁŁŁŁŁŲ§ ŁŁŁŁŲ¹ŁŲÆŁŁ ŁŁŲ±ŁŲ³ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŲµŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ³ŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŁ Ų§ŁŁŁ
ŁŲ¬ŁŁŁŲ³Ł Ų§ŁŁŁŁŲ§ŲŁŲÆŁ Ł
ŁŲ§Ų¦ŁŲ©Ł Ł
ŁŲ±ŁŁŲ©Ł Ų±ŁŲØŁŁ Ų§ŲŗŁŁŁŲ±Ł ŁŁŁ ŁŁŲŖŁŲØŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁ Ų„ŁŁŁŁŁŁ Ų£ŁŁŁŲŖŁ Ų§ŁŲŖŁŁŁŁŁŲ§ŲØŁ Ų§ŁŲ±ŁŁŲŁŁŁ
Ł
Daripada Ibnu Umar RA ia berkata: sungguh Kami telah menghitung ucapan Rasulullah SAW dalam satu majlis baginda "RABBIGHFIRLII WA TUB 'ALAYYA, INNAKAAN TAT TAWWAABUR RAHIIM" (Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang) sebanyak seratus kali. (HR Abu Daud No: 1295 Status: hadis hasan sahih).
āŲ¹ŁŁŁ Ų«ŁŁŁŲØŁŲ§ŁŁ Ų£ŁŁŁŁ Ų±ŁŲ³ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŲµŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ³ŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ§ŁŁ Ų„ŁŲ°ŁŲ§ Ų§ŁŁŲµŁŲ±ŁŁŁ Ł
ŁŁŁ ŲµŁŁŁŲ§ŲŖŁŁŁ Ų§Ų³ŁŲŖŁŲŗŁŁŁŲ±Ł Ų«ŁŁŁŲ§Ų«Ł Ł
ŁŲ±ŁŁŲ§ŲŖŁ
Daripada Tsauban berkata, Rasulullah SAW jika selesai solat baginda seraya mengucapkan istighfar tiga kali (HR Ibnu Majah No: 918) Status: Hadis Sahih
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian #Asmak #WeAreFamily #MenjadikanHidupLebihBaik
Comments
Post a Comment