Elemen terbinanya Kediktatoran

Kediktatoran terbina melalui 5 elemen asas. Bilamana terhimpun kelima-lima elemen-elemen ini, maka sudah pasti Allah akan mendatangkan ketentuannya lalu akan terhapuslah kediktatoran ini:

1. Pemimpin yang menganggap dirinya perkasa dan percaya bahawa bumi ini serta siapa dan apa yang ada di dalamnya adalah miliknya.

2. Menteri/Pegawai Kerajaan penjilat yang mengkhayalkan pemimpin bahawa dia mampu memiliki apa jua yang dia mahukan.

3. Korporat/Ahli perniagaan yang menggunakan harta yang dimilikinya bagi memastikan kezaliman dan kediktatoran itu kekal. Supaya segalanya kekal seperti sedia ada.

4. Agamawan yang menggunakan ilmu pengetahuannya untuk mewajarkan penindasan dan kezaliman dan membenarkan semua tindakan kejam para penzalim

5. Media massa yang hanya menyampaikan maklumat yang berpihak kepada kezaliman dan diam jika keadaan sebaliknya.

Dan ketetapan Allah bagi para diktator yang zalim ini adalah sepertimana firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 5 : 

‎{وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ}

Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi).

للطغيان خمسة أركان يقوم عليها ، وعندما تجتمع هذه الأركان الخمسة لا بد أن يأتي أخذ الله الوبيل الشديد فيزيل أركان الطغيان :

1▪الملك الجبار الذي يرى أنه يملك الأرض ومن عليها وما عليها
2▪الوزير المنافق المتسلق المتملق الذي يُخَيِّلُ للملك أنه قادرٌ على تلبية كل رغباته وأوامره
3▪ رجل الأعمال و المال الذي يُسَخِّرُ ثروته لبقاء الظلم والطغيان ، وبقاء ما كان على ما كان
4▪رجل الدين الذي يُسَخِّرُ علمه لتسويغ الظلم والطغيان وتبرير كل القرارات الجائرة الظالمة
5▪رجل الإعلام الذي لا يغطي من الحقيقة إلا ما يخدم الطغيان ويصم عما سوى ذلك

وسُنَّةُ الله في هذا الطغيان هي ما بينه بقوله : {وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ}

Penulis : Syeikh Muhammad al-Hasan al-Dedew
Terjemahan : Siasah Rahmah - SR


0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts