AZAM setiap hari, minggu dan bulan
Kita sudah pun melangkah beberapa hari di tahun baru. Sudah menjadi rutin kita akan membuat azam setiap kali tahun baru.
Saya pun sama seperti anda. Namun sebagai orang Islam,saya cuba mengubah rutin saya membuat azam setiap kali masuk tahun baru Islam yang mana lebih awal dari tahun Masihi.
Jadi bila tahun baru Masihi,saya akan semak kembali azam yang buat semasa tahun baru Hijrah. Kemaskini apa yang patut.
Adakah azam perlu buat setahun sekali ?
Tak ada masalah,tiada yang betul mahupun yang salah.
Boleh buat setahun sekali,namun perlu semak azam setiap hari,minggu dan bulan.
Perlu susun strategi mengikut bulan,minggu dan hari.
Saya berikan contoh,anda berazam untuk solat setiap hari awal waktu.
Hari pertama tahun baru gagal,cuba hari kedua. Hari kedua gagal,cuba hari ketiga. Hari ketiga ok sikit,cuba lagi hari keempat. Hari keempat bertambah baik. Hari kelima gagal semula. Hari keenam cuba lagi,sampailah anda boleh buat yang terbaik.
Dan apa yang penting,cuba untuk konsisten. Ini adalah proses untuk menjadi lebih berjaya.
Cuba setiap hari tanpa jemu. Jangan pernah berputus asa. Kita ini hanya manusia yang lemah dan penuh dengan dugaan dan ujian.
Oleh itu sentiasa ingatkan diri setiap hari untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Bukan setahun sekali,tapi setiap hari,setiap minggu dan setiap bulan.
Saya berikan contoh azam yang lain.
Nak menjana pendapatan setahun RM24k.
Sebulan RM2k
Seminggu RM500
Sehari RM72
Jadi kita boleh pastikan yang kita perlu dapat RM72 sehari.
Anda nak letak pendapatan dalam bentuk jualan atau pun untung,terpulang.
Jadi kalau anda semak setiap hari,anda boleh berusaha lebih pada hari yang anda tak dapat RM72 tersebut.
Contohnya hari pertama dapat,hari kedua tak dapat,tapi hari ketiga anda dapat pendapatan RM500,selesai target untuk minggu tersebut.
Inilah cara anda patut merancang azam dalam bentuk target ini sebaik mungkin.
Apa lagi azam lain biasanya?
Nak berikan orang tua wang secara konsisten. Ini insyaAllah tiada masalah sebab anda boleh set sebulan sekali selepas anda dapat mengira keuntungan bulanan bila hujung bulan.
Semoga segala azam anda akan tercapai dan anda menjadi seorang manusia yang lebih berjaya tahun demi tahun.
Jadikan bisnes sebagai ladang pahala dan Asmak sebagai asbab kejayaan anda dunia akhirat.
- Nfam @ Nor Fazilah Abd Mohd
Comments
Post a Comment