Amal yang di sukai Allah
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Amal Yang Disukai Allah Pada Aidil Adha
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Amal yang paling Allah sukai pada Hari Raya Aidil Adha daripada setiap Muslim ialah melaksanakan ibadah korban
2. Mereka yang melaksanakan ibadah korban ini di hari akhirat nanti akan datang binatang yang dikorbankan berserta tanduk, kuku dan bulunya sebagai saksi ibadat yang telah mereka laksanakan semasa di dunia
3. Ibadah Korban yang ikhlas dilaksanakan oleh Muslim, akan diterima Allah dan diredaiNya sebelum darahnya menitik ke bumi.
4. Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan, cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.
Dalam suasana PKP yang ada, sebahagian negeri melalui Majlis Agama Islam telah menetapkan bahawa pelaksanaan Ibadat Korban pada tahun ini dihadkan serta hanya dibenarkan sembelihan di pusat sembelihan dengan SOP yang ditetapkan. Bagi mereka yang ingin melaksanakan Ibadat Korban masih berpeluang melaksanakan melalui beberapa agensi seperti MyCARE. Penyertaan korban masih dibuka.
Layari:
http://mycare.qrd.by/myqurbanijhrf
https://mycare.qrd.by/myqurbanijhrf
Bayaran boleh juga dibuat melalui CIMB BANK di no akaun
8602135592 dan hantar Salinan pada No Tel di bawah:
019-7458517 (Cikgu Rozi Bin Abd Ghani) atau 018-9677215 (En Saadon Suleiman)
Tarikh Akhir untuk Menyertai Ibadah korban bersama-sama MyQurbani MyCARE pada tahun ini ialah pada 16hb Julai 2021 untuk korban di pelbagai lokasi dengan kos serendah RM 290
Hubungi myqurbani@mycare.org.my
Atau boleh menyertai korban melalui Yayasan Pendidikan Hidayah. Sila hubungi di link
yph.my/korban2021
Semoga kita bersifat RAHMAH dengan mengikhlaskan ibadah korban serta melaksanakan dengan sempurna. Moga Allah menerima amal ibadah korban kita.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
12hb Julai 2021
02hb Zulhijjah 1442H
Comments
Post a Comment