Successful people
Successful people tersangatlah berdisiplin.
.
Bukan setakat disiplin dalam rutin harian mereka tetapi tersangat berdisiplin di dalam apa yang terlintas di fikiran dan bagaimana mereka mengawal emosi.
.
Mentally n emotionally stable.
.
Tak mudah utk fikir yg bukan2. Tak mudah melatah.
.
Orang2 ini tersangat berstruktur di dalam pemikiran mereka. Jelas apa yg bagus dan tak bagus untuk diri mereka dan goals mereka.
.
Dia tak main serkap jarang dan tak banyak bercakap kosong hal2 yang tidak berfaedah.
.
Sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap. Sebab terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...
.
Jika ada yang nak bertikam lidah, mereka lebih mengalah bukan bermaksud kalah. Tetapi lebih berfikiran waras utk tidak terjun ke dalam perbuatan yg sia2.
.
Bercakap bila perlu dan setiap tutur ada sasaran dan matlamatnya.
.
Jika ada yang ada tanda2 bakal menjadi musuh, mereka mengelak rapat pergi main jauh2.
.
Tersangat memilih kawan dan circle bukan bermakna sombong. Tetapi mereka ini tersangat menghargai relationships yang bermakna.
.
Yang ada buat 'hal' akan dimaafkan tetapi mereka tak mudah lupa agar pisang tidak berbuah dua kali. Once bitten twice shy.
.
Setiap masa diuruskan dengan baik. Tidak dibazirkan begitu sahaja dengan perkara2 lara.
.
Tidur dan rehat mencukupi tersangat dijaga.
.
Tidur awal dan bangun awal pagi adalah ideologi rutin mereka.
.
Kesihatan dan kebersihan diri terjaga.
.
Makan dan minum pun tersusun jadual bukan main hentam kromo tak ikut masa. Apa yg masuk ke dalam badan pun diambil tahu khasiat dan nutrisinya.
.
Kerana mereka tahu badan yg sihat menjurus kpd otak dan akal pasti cerdas.
.
Jom semak diri kita bagaimana pula.
.
Jangan ingat bekerja keras dan kuat semata2 menjadikan seseorang itu berjaya.
.
Work hard tu bagus tapi masukkan elemen disiplin ke dlamnya kalau nak nampak lebih hasil.
.
Semoga bermanafaat.
.
Selamat berbisnes.
.
#saharsahad
#backtobasics
#ilmuteknikalbisnes
Sahar Sahad
Comments
Post a Comment