Hadapilah kehidupan dengan positif

Bagaimana nak hadapi setiap hari dengan positif? Aha, ini antara teknik bagus untuk kalian buat sendiri. Ia akan beri kalian aura, tenaga serta banyaknya cas-cas baik kepada diri kalian sendiri.

1. Keluar rumah, nampak jiran, kita pun angkat tangan. Dia tak balas malah terus ja berjalan laju. Tenang, tarik nafas dan masuk kereta pergi kerja. Tengok jam, kasi 2 minit fikir, lepas ja 2 minit, terus lupakan.

2. Dalam perjalanan, nampak pula orang buang sampah dari dalam kereta ke luar. Arghhhh. Tengok jam! Kasi 2 minit untuk marah! Lepas 2 minit, lupakan!

3. Sampai tempat kerja, susahnya nak cari parking. Alhamdulillah dapat juga walau jauhnya menapak. Tengok jam, kasi 2 minit untuk penat, lepas itu lupakan!

***

Perasan tak yang setiap hari, apabila kita nak positif, Allah akan beri kita ujian berjumpa dengan hal negatif. Jujurnya semua itu untuk kita hadap sama ada dengan hemah atau sebaliknya.

Kalau kita dapat lalui dengan positif segala:

– fikiran.

– kemarahan.

– kepenatan.

Maka kita akan dapat positif juga. Apa yang saya tulis di atas ialah hasil dari saya dengar dari kuliah maghrib itu hari.

Kata ustaz ini, isterinya selalu negatif. Pagi-pagi marah anak, petang nak masak pun sering hangin sana, keluntang sini. Dan beliau akhirnya berjaya sembang dan isteri beliau akhirnya mengubah diri kepada orang yang sangat positif sekarang.

Hanya tetapkan berapa minit untuk fikir, berapa minit untuk marah dan berapa minit untuk penat.

Semua itu kita boleh kawal.

Apabila semua itu ok, maka kita sendiri akan:

– lebih ceria.

– lebih terbuka.

– lebih hormat diri sendiri.

Dan itu akan menyebabkan kita kurang penat. Kita dapat tenaga, dan paling best ialah Allah hadiahkan kita dengan rezeki yang mencurah-curah.

Kadang-kadang kita tak sedar, #rezeki susah nak masuk hanya kerana banyak benar benda negatif dalam badan. Ada satu kajian (kata ustaz tersebut) kalau kita boleh fikir, marah dan penat selama lebih 15 minit dengan benda yang kita tak boleh kawal, maka badan kita akan penat lebih 2 jam.

Dan itu menyebabkan kita jadi perlahan, jadi tak ok sana tak ok sini.

Jadi, pilihlah untuk positif! Kita yang kawal diri kita okey! Sekarang baru saya faham kenapa ramainya #jutawan selalu jadi positif dan kerap fikir hal besar sahaja. Yang kecil-kecil, dia jentik sahaja kurang 30 saat dia dah lupakan!

Hebat

 

kan?

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Mari jadi positif!



0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts