Khasiat Habatussauda
KHASIAT DAN CARA MAKAN HABBATUS SAUDA
Orang Melayu jarang menggunakan herba Jintan hitam ini. Dalam bahasa inggeris disebut black cumin seed. Ia lebih digunakan oleh masyarakat India terutama dalam masakan kari. Herba hitam ini sama penting dengan rempah penyedap masakan lain seperti jintan putih, jintan manis, ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya.
Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi.
Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau Sauda Seed.
Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.”
Berikut adalah kaedah memakan Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan;
✔Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur.
Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
✔Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu.
Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
✔Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
✔Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur.
Kebaikan: mengurangkan sakit gigi.
✔ Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam.
Kebaikan: membunuh cacing dalam perut.
✔ Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari.
Kebaikan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
Ada kebaikan lain dan kaedah lain dalam mengamalkan Jintan Hitam selain 6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.
#khasiatHabbatussauda
Comments
Post a Comment