Kelebihan mengamal madu dibulan puasa
Assalamualaikum
Siapa kat sini suka minum madu?
Madu banyak tau khasiat dia. Jom cekidout kelebihan madu di bulan puasa yang bakal menjelma tak lama lagi ni
4 Manfaat Madu Jika Diamal Pada Bulan Puasa
1. Mengekalkan tenaga.
Makan madu ketika bersahur, dipercayai memenuhi keperluan tenaga sehingga waktu berbuka puasa. Madu juga boleh memenuhi keperluan cecair tubuh dan membantu badan daripada hidrasi.
2. . Mengawal berat badan
Gunakan madu yang dicairkan dengan air suam, untuk membakar lemak yang masuk ke dalam badan kita. Dengan cara itu, lemak akan lebih mudah dibakar dan menjadi tenaga yang diperlukan oleh tubuh semasa berpuasa.
3. Mengimbangi metabolisma
Minum madu yang dicairkan dengan air suam ketika sahur. Ia boleh membantu tubuh mencerna nutrien yang terdapat dalam makanan yang diambil ketika sahur dan berbuka.
4. Mengatasi sembelit
Pergerakan usus akan menjadi lebih baik dengan pengambilan madu. Jika pergerakan usus kecil dan usus besar berfungsi dengan baik, maka masalah sembelit dapat dielakkan daripada berlaku sepanjang berpuasa Ramadan.
Comments
Post a Comment