kelebihan Essential Oil Citronella

Kelebihan Peppermint Oil ( Minyak Pati Pudina ) 1. Selsema / sesak nafas Memberi kelegaan yang efektif dari masalah berkaitan pernafasan termasuklah hidung tersumbat, sinus, asma, bronchitis, selsema biasa dan batuk. Digunakan dalam rawatan tradisional untuk melegakan sesak nafas. 2. Sakit kepala Jika anda mudah diserang sakit kepala, minyak peppermint sangat baik jika ada di atas meja anda atau dalam dompet. Kegunaan minyak ini sudah terbukti berkesan mengurangkan gejala seperti mual, muntah, sensitif terhadap bunyi dan sensetif pada cahaya. 3. Tekanan (stress) Seperti pati minyak yang lain, peppermint mampu melegakan tekanan, kemurungan dan keletihan mental kesan dari kesegarannya yang semulajadi. Ia juga berkesan untuk melegakan perasaan gemuruh dan resah. 4. Menurunkan suhu badan Jika anda atau anak demam, sapukan minyak peppermint untuk turunkan suhu badan. Campurkan minyak pepermint dengan minyak kelapa dan sapukan di pelipat lengan dan kaki. Sapukan juga di pusat tempat pengumpul haba badan. 5. Ketidak hadaman Satu daripada herba yang tertua dan terbukti berkesan untuk melegakan ketidak hadaman ialah peppermint. Minyak peppermint sangat membantu dalam penghadaman. Hal ini kerana ia mempunyai sifat karminatif yang mampu mengeluarkan gas dari perut atau usus untuk melegakan kembung perut atau sakit perut. 6. Sakit Otot Oleh kerana minyak peppermint mempunyai analgesik, anti-radang dan spasmodic, ia bukan hanya mengurangkan sakit dan keradangan tetapi boleh meredakan kekejangan yang menyebabkan otot kejang. 7. Terapi Sendi Bila bayi anda sakit, sapukan pati minyak peppermint yang dicampur dengan minyak lavender. Ia akan menyejukkan otot seperti mandian ais dalam keadaan kekal kering. 8. Mengurangkan rasa lapar Buat anda yang sudah lama bercita-cita mahu berdiet hidu bau minyak pati peppermint dalam-dalam boleh menghentikan keinginan mahu mengunyah dan boleh buat anda cepat rasa kenyang. 9. Meningkatkan tenaga semulajadi Pernah rasa mengantuk ketika memandu pulang beraya? Untuk alternatif bebas toksik hinggalah minuman tenaga yang merbahaya, hidulah minyak pati peppermint. Ia akan meningkatkan tenaga anda secara semula jadi sama ada di dalam perjalanan yang panjang ataupun di pejabat. 10. Sokongan ADHD Cuba calitkan minyak peppermint ke baju anak sebelum waktu belajar atau calitkan di bawah hidungnya untuk meningkatkan tumpuan dan kepekaan semasa belajar. Kelebihan melaleuca cajupati ( Minyak pati gelam ) Membantu melegakan simptom dan tanda : Radang kulit Batuk Demam, flu Sakit kepala sakit gigi Ekzema Nyeri pada tulang dan saraf Lemah tidak bersemangat (neurasthenia) Susah tidur Kelebihan Cinnamon Zeylanicum Oil (Minyak Pati Kayu Manis ) Minyak pati kayu manis dianggap sebagai ubat semulajadi untuk kebimbangan kesihatan yang terdiri daripada batuk dan selsema serta sembelit . Di samping itu, minyak pati kayu manis dikatakan merangsang peredaran, mengurangkan tekanan, melegakan sakit , melawan jangkitan, memperbaiki pencernaan, dan melindungi daripada serangga . Ia juga boleh dijadikan sebagai aromaterapi. Minyak pati kayu manis boleh membantu memusnahkan Streptococcus mutans (sejenis bakteria yang berkait rapat dengan perkembangan rongga ) dan menggalakkan pelebaran saluran darah. 0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts