Tanda bisnes main main

5 Tanda kita buat bisnes tak serius

1. Tak buat market research dan produk research sebelum membuat keputusan memilih bisnes sekarang.

Main jual je.Company yang kita bernaung pun sama,main jual je.
Sama-sama la terjun lombong nampaknya.Huhu

2. Menjual produk yang tak berdaftar.

Ini sebenarnya tanggungjawab company yang kita bernaung,tapi sebagai pengedar kita berhak tahu dan jika tiada,tolong jangan jual.

Adakah anda tahu,berdosa hukumnya menjual produk tak berdaftar ni,bukan setakat salah dari segi undang-undang.Ini pernah dijelaskan oleh penceramah pihak yang berautoriti.

3. Kita tak pernah fikir kesan produk kita pada pengguna

Sudahlah tidak berdaftar, entah apa bahan dalam tu.Tidakkah anda rasa berdosa bila pengguna mendapat mudarat hasil dari menggunakan produk yang kita jual?

Anda menjadi pembunuh dalam diam.

Pembunuh alaf moden membunuh dengan menjual produk berbahaya.Usah jadi sebahagian dari mereka.

4. Asyik bertukar produk

Sekejap jual tu,sekejap jual ni.Memang normal kalau kita nak mencari bisnes yang serasi dengan kita,kita jual macam-macam.

Yang tak normal bertahun-tahun asyik tukar produk je.

Tak penat ke?

5. Terkontang kanting tiada bimbingan dari HQ dan leader

Buat bisnes tanpa bimbingan amatlah susah untuk berjaya.Kalau ada pun semua bahan untuk copy paste sahaja,kemudian lepas tangan. Sedangkan untuk berjaya kena lebih dari tu.

Ada tak tanda-tanda ni ?

Kalau ada bahaya tu.

Alhamdulillah sepanjang buat bisnes Asmak ni terasa dah jumpa bisnes yang sebenar. Dapat apa yang dicari.

Kalau ada yang nak dapatkan info pasal jadi agen bagitahulah,sekarang ada promosi tau.


0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts