Tips bagi anak menyusu kedua payudara

Tentu ada ibu-ibu yang stres sebab anak hanya nak menyusu pada sebelah payudara saja kan?

Bila dah menyusu hanya sebelah, sebelah payudara akan berasa ringan, manakala sebelah lagi akan berasa terlalu penuh. Boleh jadi leaking dan bengkak. Kalau berterusan tak mustahil jadi punca kepada mastitis.

Proses memujuk bayi untuk menerima kedua-dua payudara tak mudah. Perlukan kesabaran yang tinggi.

Kita tak boleh memaksa bayi untuk menerima dan menyukai payudara bermasalah dalam masa yang singkat. Jangan paksa bayi.

Kita yang dewasa pun ada cara  dan keselesaan tersendiri untuk tidur, duduk, buat kerja dan sebagainya.
.
.
.

Sebab apa agaknya bayi hanya nak susu pada sebelah payudara sahaja?

▫️Payudara yang digemari bayi mungkin susunya lebih laju atau perlahan, sesuai dengan keadaan bayi mengikut tahap umur yang tertentu. Jadi, kalau bayi kecil, mungkin sukar mereka nak minum dengan aliran yang terlalu laju, dan sebaliknya.

▫️Bagi ibu yang kali pertama menyusu, anda mungkin ada masalah puting tenggelam atau leper. Bayi yang baru lahir masih belajar nak mendapatkan lekapan yang betul (good latch). Mereka akan pilih payudara yang lebih mudah dihisap.

▫️Payudara yang terlalu penuh dan bengkak akan akan menyukarkan bayi menghisap.

▫️Kalau ibu ada masalah  mastitis di sebelah payu dara, bayi mungkin tak mahu menyusu kerana rasa susu yang berbeza di mana ia lebih masin disebabkan peningkatan kandungan sodium.

▫️Ada ibu yang membiasakan bayi untuk menyusu pada payudara tertentu contoh, ibu cepat lenguh menyusu pada sebelah kiri contohnya dan terus bertukar ke bahagian kanan dan bayi akan terbiasa dengan sebelah kanan.

▫️Bayi yang baru lepas dicocok akan rasa tak selesa untuk dipegang pada sebelah bahagian vaksinasi atau imunisasi.

▫️Mungkin bayi terkena jangkitan pada sebelah telinga. Selalulah periksa telinga bayi anda.

▫️Salah satu payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu pada payu dara tersebut.
.
.
.
Jangan risau. Tak ada masalahpun kalau bayi mahu menyusu hanya sebelah payudara. Benda ni normal. Janji bayi dapat cukup susu dan aktif.

Cuma,
ibu akan merasa tak selesa kerana berasa kurang seimbang pada payudara. Cara terbaik, pastikan anda mengepam susu pada payudara tersebut.

Cuba sesekali memujuk bayi untuk menghisap susu di payudara yang kurang digemari tersebut. Mana tahu berjaya?


Kredit: MisiLara


Sekiranya payudara menjadi bengkak, cuba sapu Minyak Herba Asmak dan tuam dengan botol air panas.

0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts