Ramadhan Tiba Lagi

Andai ini Ramadhan Terakhir

Anggaplah begitu. Supaya kita beribadah dengan bersungguh-sungguh.

Dengan sepenuh hati kita. Usah kenangkan Ramadhan yang dahulu. Jadikan ia pengajaran.

Ramadhan ini hadiah Allah kepada kita. Bulan yang penuh kerahmatan.

Apa yang paling menarik selain segala keistimewaannya ialah, ia bulan untuk kita mentarbiah dan mendisiplinkan diri kita dalam beribadah dan berbuat kebaikan.

Jika bulan lain sukar untuk kita istiqomah dan asyik lalai, inilah masanya untuk kita konsisten.

Jika bulan lain kita sering kalah dek emosi, inilah bulan untuk kita lebih sabar.

Jika bulan lain diri kita ego dan sombong, inilah bulan untuk kita jadi lebih merendah diri dan hati.

Jika bulan lain kita sering gagal solat awal waktu, inilah bulan untuk kita kerjakannya lebih awal.

Jika bulan lain kita on off berbuat kebajikan, inilah bulannya untuk kita berbuat kebajikan dan bersedekah setiap hari.

Jika bulan lain kita tiada masa dengan anak, inilah bulannya kita luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak.

Jika bulan lain kita kurang membaca dan menghayati al Quran, inilah bulannya kita memperbanyakkan membaca dan menghayatinya.

Jika  Ramadhan sebelum ini kita lebih banyak bercakap tentang Raya dan sibuk dengan persiapan Raya, inilah Ramadhan kita harus ubah, utamakan Ramadhan dan jadikan Syawal hanya sebagai hari untuk meraikan kejayaan sepanjang bulan Ramadhan dengan cara yang sebenar, bukan lagi lagho.

Salam Ramadhan buat semua.

Jika ada salah dan khilaf, saya mewakili diri dan keluarga memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Jika ada apa-apa yang saya terhutang janji dan sebagainya sila hubungi saya segera. Hutang wang alhamdulillah memang tak ada sebab tak suka berhutang.

Semoga Ramadhan kali ini sangat bermakna buat kita semua. Insya Allah. Amin

Kredit:

Nfam,
Bukan yang terbaik tapi tak salah berusaha untuk jadi yang terbaik.

#Nfam

Norfazilah.com



0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts