Bagaimana beribadah di bulan ramadhan?

BERIBADAH PADA BULAN RAMADHAN

1. Menahan lapar dan dahaga hanya satu CARA, ia bukan MATLAMAT. Berhenti bercakap mengenai makanan dan minuman.

2. Sebab itulah Rasulullah saw sebutkan ada orang berpuasa tetapi tak dapat apa-apa, melainkan lapar dan dahaga. Orang itu tak faham kenapa dia tak makan dan tak minum.

3. Apabila perut kosong, mudah nak beri tumpuan kepada aspek spiritual (SQ) diri. Untuk sebulan, kita latih diri utamakan sisi ini berbanding memenuhi kemahuan fizikal.

4. Dengan fokus kepada aspek spiritual, kita lakukan soul searching, buat audit, lihat apa tak kena dan tak cukup dengan diri sendiri.

5. Selain itu, kita juga boleh berikan tumpuan kepada aspek emosi (EQ) dan intelektual (IQ). Sebab itu kita disaran tidak marah, adu-domba atau maki-hamun (EQ) dan banyak baca al-Quran dan berfikir (IQ).

6. Cari satu atau dua perkara tak elok yang kita nak tinggalkan. Amalkan sepanjang Ramadhan, teruskan selepas berjaya sebulan.

7. Cari satu dua kebaikan yang kita nak amalkan, buat sepanjang Ramadhan. Selepas habis sebulan, teruskan sebagai amalan kehidupan.

8. Sekiranya ikut cara ini, setiap tahun kita tinggalkan satu perkara tak elok dan amalkan satu perkara baik secara berterusan. Apabila 50 tahun jalani Ramadhan, kita sudah tinggalkan 50 keburukan dan amalkan 50 kebaikan.

9. Inilah yang dimaksudkan sebagai “madrasah” atau sekolah Ramadhan yang mendidik kita jadi lebih baik.

10. Kita akan menjadi graduan “madrasah Ramadhan” sekiranya kita tahu apa kita nak fokus. Sekiranya tidak, kita akan melihat Ramadhan dan Syawal sebagai bulan pesta-pestaan makan dan minum saja.

11. Pelajar universiti akan gagal kalau dia fokus kepada pesta-pestaan dan lupa kenapa dia masuk universiti. Kalau tak pun, CGPA rendah.


Norizan bin Sharif



0135819100 Rabiahtun

Comments

Popular Posts