HIDUNG NYARIS TERCABUT


Dulu masa kecil, saya pernah mengalami resdong yang kronik.

Setiap kali bangun pagi, hidung dan mata berair dan mula bersin. Cairan hingus keluar sehinggalah tengahari baru simptom tu berkurangan. Dalam seminggu boleh dikatakan hampir setiap hari saya mengalaminya. Siksa? Memang siksa!

Ada suatu ketika tu, kulit di sekitar hidung rasa gatal dan kering. Sampai boleh dikopek. Saya begitu gian mengopek kulit hidung saya. Seronok pula rasanya.

Anehnya, kulit yang dah dikopek akan diganti kulit baru yang mengelupas semula dan sedia dikopek lagi. Rasa ketagihan mengopek kulit hidung tu tidak berhenti jadinya. Dah umpama hobi pula. Haha.

Makin lama kulit sekitar hidung jadi sangat sensitif, pedih dan menipis. Pada masa tu, kawasan sekitar hidung menjadi hitam. Ibu saya pula mula menyebut-nyebut tentang hidung akan rompong(berlobang). Bertambah ngeri saya jadinya. Siang malam saya tidak lena tidur kerana risau sangat hidung akan tercabut!

Pada masa itu, pelbagai rawatan alternatif dicuba ibu saya termasuklah meletakkan kunyit di muka. Kunyit hidup diasah di bontot pasu kemudiannya dicampur dengan bedak sejuk dan dilumur ke wajah. Apabila bangun pagi habis baju dan bantal saya kekuningan. Wajah juga jadi kuning! Malunya saya nak ke sekolah pada masa tu. Jenuh juga saya sental wajah sendiri dengan pencuci muka Safi. Mujur hilang 😂

Rawatan kunyit tidak tahan lama kerana saya yang merasa siksa dan malu wajah menjadi kekuningan umpama hantu cina. Rawatan itu akhirnya berhenti sekerat jalan.

Tak berapa lama selepas itu, simptom resdong saya menjadi teruk semula. Pagi bersin, tengahari bersin, sampaila malam saya bersin. Bau tumisan cili terutamanya langsung tak boleh dihidu. Pasti saya akan bersin sampai nak tercabut hidung rasanya.

Suatu hari, ibu membuka cerita kisah resdong saya yang melarat ini kepada arwah nenek. Sebaik mendengar berita itu, terus nenek bawa saya ke rumah sahabatnya. Rupanya sahabatnya itu pembuat ubat resdong. Nenek beli sebotol ubat dari rakannya itu.

Sampai sahaja di rumah, saya terus makan ubat itu. Pahit dan tidak sedap! Mujurlah dalam kapsul. Saya gagahi juga menelan kapsul yang dirasakan sangat besar itu.

Umpama magik, belum habis sebotol ubat itu saya makan, segala simptom resdong yang melanda lenyap sama sekali. Kehitaman di sekitar hidung pon beransur pulih. Tiada lagi kuping-kuping yang muncul di sekitar hidung. Lama juga saya tidak lagi diserang resdong selepas itu.

Setelah sekian lama, akibat tidak berpantang makan, resdong muncul kembali. Saya tidak lagi menemui ubat yang magik seperti yang arwah nenek belikan. Namun kini, saya bertemu teman baru keluaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd iaitu Asmak Herbs dan Minyak Herba Asmak.

Kedua-dua produk ini berkelulusan KKM mendapat MAL dan selamat digunakan. Kini, saya berazam membantu seberapa ramai yang bermasalah resdong seperti saya agar pulih dan dapat menikmati hidup seperti insan normal yang lain.

Untuk konsultasi berkaitan resdong atau berminat mendapatkan produk Asmak Herbs dan Minyak Herba Asmak ini, boleh wasap/call saya di 0135819100

Semoga anda juga bebas dari resdong selama-lamanya. Aamiiin.

Sejak ada Asmak Herbs, tak teruk dah berpantang makan

Kedua produk ini sangat membantu saya bebas dari simptom resdong

Comments

Popular Posts